Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 22 Julai 2021 - Majlis Ibadah Korban Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Pihak-Pihak Berkuasa di Bawahnya Kelolaan Jabatan Penerbangan Awam bagi Tahun 1442H/2021M


Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 1442H/ 2021M bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Turut hadir di majlis tersebut bagi Majlis Ibadah Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Kementerian Pengangkutan dan InfoKomunikasi ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Majlis juga diserikan dengan ceramah bertajuk "Pengorbanan: Bukan Sekadar Apa Tapi Kenapa" yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Yussof bin Haji Abd Majid, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dari Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA),Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sebanyak sembilan (9) ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini dan daging-daging korban diagihkan setelah selesai acara majlis tersebut kepada peserta-peserta Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa. Sebahagian daging-daging korban diagih-agihkan kepada 60 orang penerima daripada golongan asnaf fakir dan miskin dibawah tadahan Kawasan Mukim Berakas, Daerah Brunei Muara. Penerima-penerima juga termasuk kakitangan-kakitangan didalam Divisyen 5 bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan jabatan-jabatan serta Pihak-Pihak yang Berkuasa di bawahnya.

Majlis Ibadah Korban ini diadakan setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah Subahannahu Wata'ala kepada kita, disamping itu untuk meningkatkan ketaqwaan serta mengwujudkan suasana yang harmoni, semangat perpaduan dan memupuk nilai persaudaraan dan Ukhuwah Islamiah dengan saling membantu antara satu sama yang lain.


Disediakan oleh:

Jabatan Penerbangan Awam

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Bandar Seri Begawan

Attachments