Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 8 Ogos 2021 - Perubahan Operasi Perkhidmatan di Jabatan-Jabatan dan Agensi serta Pihak Berkuasa di Bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

​Berikutan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan semasa sidang media pada 7hb Ogos 2021 mengenai dengan langkah-langkah pengawalan yang diperketatkan semula di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dengan ini memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan di Jabatan-Jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa akan dihadkan atau ditutup sementara bermula hari Isnin, 29hb Zulhijjah 1442 bersamaan 9hb Ogos 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian iaitu seperti berikut:

1.       Jabatan Pengangkutan Darat

          1.1 Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat

Jenis Perkhidmatan
Isnin – Khamis & Sabtu
Jumaat
​Semua cawangan
​8:00 pagi – 11:30 pagi dan 1:30 petang – 3:00 petang, tertakhluk kepada jenis perkhidmatan dan kaedahnya seperti di bawah.
​Ditangguhkankan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
​Pos Kawalan
Setiap hari, 6:00 pagi - 3:00 petang termasuk hari kelepasan awam.


Jenis PerkhidmatanKaedah & Proses
Pembaharuan Lesen Memandu (DL) & Lesen Kenderaan (VL)

Semua permohonan adalah melalui TD123, TransportBN & laman sesawang GOV.BN (e-Darussalam)

 "Walk-in" dan QueUp ditiadakan.

Pembaharuan DL bagi pemohon yang berumur 70 tahun dan ke atas

Samada Walk-in atau melalui TD123.

Bagi yang memohon melalui TD123, temuduga akan diadakan semasa tarikh "Pay & Collect".

Permohonan baru DL, DL Sementara, Endose DL, Ujian Highway Code & Memandu Jalan Raya Ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Tanda Pengenalan Kenderaan (NomborKu)

Waktu menerima pembayaran:

Isnin hingga Khamis & Sabtu, 8:00 pagi hingga 11.30 pagi.

Pendaftaran, Running Number, Gantung, Holding, Serah, Tukar Milik, Loan & Cease Loan.

Menggunakan kaedah "Drop, Pay & Collect":

"Drop": Isnin hingga Khamis & Sabtu, 8.00 hingga 11.30 pagi dan 1:30 petang hingga 3.00 petang.

"Pay & Collect": 8:00 pagi hingga 11:30 pagi.

Teknikal, & Lesen Kenderan Komersial & Pengangkutan Awam (PKKP)

Menerima permohonan & pembayaran seperti biasa iaitu Isnin hingga Khamis & Sabtu, 8:00 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:00 petang.

Pusat Pemeriksaan Kenderaan

Pemeriksaan & pembayaran seperti biasa iaitu Isnin hingga Khamis & Sabtu, 8:00 pagi hingga 11:30 pagi

Pengiktirafan Bengkel

 

Menerima permohonan seperti biasa iaitu Isnin hingga Khamis & Sabtu, 8:00 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3.00 petang.

 

1.2   Sekolah – Sekolah Memandu

1.2.1 Semua Sekolah-Sekolah Memandu di kesemua Daerah  akan ditutup serta merta selama DUA (2) MINGGU.  Pembelajaran teori dan praktikal memandu ditiadakan.

1.2.2 Peperiksaan Ujian Kod Undang-Undang Jalan Raya (Highway Code Examination) dan Ujian Kelayakan Memandu di Jalan Raya akan ditangguhkan selama DUA (2) MINGGU.

1.3   Pengangkutan Awam

1.3.1 Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam adalah dihadkan 50 peratus kapasiti duduk dalam kenderaan pengangkutan awam.

1.3.2  Garispandu yang perlu dipatuhi oleh pihak pengusaha pengangkutan awam:

  • Hendaklah menyediakan BruHealth QR Code di pintu dan dalam kenderaan;
  • Pemandu hendaklah memakai sungkup muka (face mask) ketika bertugas di dalam pengangkutan awam;
  • Menandakan kerusi kenderaan yang tidak boleh diduduki;
  • Hendaklah memeriksa suhu badan setiap penumpang sebelum menaiki kenderaan dan tidak membenarkan masuk mana-mana penumpang yang kurang sihat atau mempunyai sebarang simptom pernafasan;
  • Menyediakan cecair pembersih tangan (hand sanitizer), tisu kertas tangan pakai buang dan tong sampah di dalam pengangkutan awam;
  • Hendaklah sentiasa membersihkan semua permukaan di dalam kenderaan yang sering disentuh oleh penumpang seperti tempat duduk, rel tangan (hand rails) dan sebagainya;
  • Pemandu perlu sentiasa menjaga kebersihan mencuci tangan dan sanitasi tangan; dan
  • Jendela pengangkutan awam adalah disarankan untuk dibuka semasa membawa penumpang.

1.3.3 Garispandu yang perlu dipatuhi oleh penumpang:

  • Mengimbas QR code Bruhealth sebelum menaiki kenderaan pengangkutan awam;
  • Hanya Code Hijau atau Kuning sahaja dibenarkan untuk menggunakan pengangkutan awam;
  • Sentiasa memakai sungkup muka (face mask) ketika dalam kenderaan Pengangkutan Awam;
  • Pemeriksaan suhu badan sebelum menaiki kenderaan.
  • Mematuhi penjarakan fisikal iaitu amalkan jarak 1 meter daripada orang lain.

2.       Jabatan Penerbangan Awam

2.1  Penumpang-penumpang yang akan meninggalkan Negara Brunei Darussalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) adalah dinasihatkan untuk menggunakan prosedur 'drop-off' atau hanya dihantar oleh tidak melebihi dua (2) orang sahaja. Orang ramai tidak dibenarkan untuk menjemput ketibaan penumpang-penumpang.

2.2   Restoran dan premis-premis makanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) akan hanya menyediakan makanan secara take-away atau delivery sahaja, dine-in adalah tidak dibenarkan.

2.3   Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei adalah ditutup sementara.

3.       Jabatan Perkhidmatan Pos


PERKHIDMATAN KAUNTER URUSNIAGA & BUNGKUSAN ​
PEJABAT POS
WAKTU PERKHIDMATAN
​Pusat Memproses Mel (MPC), Premium, Muara, Sengkurong, Seri Kompleks, Tutong, Lumut, Seria & Belait

BSB, LTAB, Bangar, Bunut, Salambigar, Anggerek Desa, Limau Manis, Lumapas, Lamunin, Telisai, Rimba
Isnin hingga Khamis

& Sabtu:

Seperti biasa

Jumaat:

TUTUP

​Labi
Selasa Sahaja

08:00 pagi hingga 10:00 pagi


Bil Cawangan Yang Menyediakan Perkhidmatan DL/VL90Kapasiti Pelanggan Harian
Walk-in
1MPC60
2Sengkurong30
3Seri Kompleks30
4Muara30
5Tutong30
6Lumut30
7Seria30
8Belait30

 

4.       Jabatan Kajicuaca

4.1  Jabatan Kajicuaca hanya akan memproses pembelian data melalui perjanjian sahaja.

4.2  Pengambilan data yang dipohonkan dan pembayaran data yang dibeli adalah dilakukan pada masa perjanjian yang telah dibuat terlebih dahulu. Sila hubungi 2381342 untuk membuat perjanjian awda.

5.   Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPABD)

5.1 Peperiksaan Kelas 9 (Terhad) akan di tunda sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

5.2  Semua pemilik, pengusaha dan pemandu bot laju dan perahu tambang di negara ini supaya menghadkan jumlah penumpang kepada 50 peratus (50%) daripada jumlah yang dibenarkan dan sentiasa memakai sungkup muka ketika beroperasi, ini juga termasuk kepada penumpang perahu tersebut.

6. Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI)

6.1 Semua perkhidmatan boleh diakses melalui AITI Online Services Portal di laman sesawang http://online.aiti.gov.bn.


7.   Kafe Siber (Cyber Café)

7.1  Sebagai langkah pencegahan bagi membendung dan mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam dan atas saranan Kementerian Kesihatan pada situasi masa kini, dengan ini Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada pemilik-pemilik siber kafe (cyber café) supaya menutup sementara premis perniagaan mulai daripada hari Sabtu, 7hb Ogos 2021 bersamaan dengan 27hb Zulhijjah 1442 selama tempoh dua (2) minggu.

Kerjasama majikan-majikan dan pengurus-pengurus kafe siber adalah diharapkan dalam sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Bagi memudahkan urusan-urusan, orang ramai adalah digalakkan untuk mengunakan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan dalam talian seperti TransportBN, Talian123 serta pengunaan perkhidmatan portal GovBN.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dengan mengamalkan kebersihan diri, etika batuk dan bersin yang betul, penjarakan fizikal dan jika merasa kurang sihat, tidak menghadirkan diri ke Jabatan-Jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan, mengimbas kod QR melalui aplikasi BruHealth setiap kali masuk dan keluar. Sungkup muka hendaklah dipakai pada setiap masa apabila berada di dalam bangunan.

Kerjasama dan pertimbangan orang ramai adalah sangat diharapkan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin berbangkit.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat, MTIC
pr@mtic.gov.bn






Attachments