Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 9 Ogos 2021 - Perubahan Operasi Perkhidmatan di Jabatan-Jabatan dan Agensi serta Pihak Berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Berikutan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan semasa sidang media pada 9hb Ogos 2021 dan merujuk Siaran Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 8hb Ogos 2021 mengenai perkara yang sama, dengan ini memaklumkan pengemaskinian kepada beberapa perkhidmatan di Jabatan-Jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa iaitu seperti berikut:

1. Jabatan Pengangkutan Darat

1.1 Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat

Jenis PerkhidmatanIsnin – Khamis & SabtuJumaat
Semua cawanganTutupTutup
Pos Kawalan
Setiap hari, 6:00 pagi - 3:00 petang termasuk hari kelepasan awam.

 

Jenis PerkhidmatanKaedah & Proses
Pembaharuan Lesen Memandu (DL) & Lesen Kenderaan (VL)Semua permohonan hendaklah dihadapkan melalui Talian Darussalam 123 (TD123), aplikasi mudahalih TransportBN atau laman sesawang GOV.BN (e-Darussalam) sahaja.
Pembaharuan DL bagi pemohon yang berumur 70 tahun dan ke atasPermohonan adalah melalui TD123 sahaja.
Permohonan baru DL, DL Sementara, Endose DL, Ujian Highway Code & Memandu Jalan RayaDitangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Lesen Kenderaan (Permit) Lintas Batas

Mana-mana kebenaran yang diberikan sebelum ini adalah

disambung sehingga perkhidmatan kaunter JPD dibuka

semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

* Mana-mana kebenaran yang diberikan sebelum ini adalah disambung sehingga perkhidmatan kaunter JPD dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.


2. Jabatan Penerbangan Awam

2.1 Penumpang-penumpang yang akan meninggalkan Negara Brunei Darussalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) hendaklah menggunakan prosedur ‘drop-off’ atau dihantar oleh tidak lebih dari dua (2) orang sahaja.

2.2 Orang ramai adalah tidak dibenarkan untuk menjemput ketibaan penumpang-penumpang.

3. Jabatan Perkhidmatan Pos

PERKHIDMATAN KAUNTER URUSNIAGA, SURAT DAN BUNGKUSAN 
PEJABAT POSWAKTU PERKHIDMATAN
Pusat Memproses Mel (MPC)

Tutup kecuali Perkhidmatan Kaunter Penyerahan Bungkusan dan Kaunter Perkhidmatan Premium (EMS)

Jam Operasi: 8:00 pagi hingga 3.00 petang

Muara, Sengkurong, Seri Kompleks, Tutong, Lumut, Seria, Belait, BSB, Bangar, Bunut, Salambigar, Limau Manis, Lumapas, Lamunin, Telisai, Rimba

Kaunter di tutup kecuali kaunter penyerahan sahaja

Jam Operasi: 8:00 pagi hingga 3.00 petang

Labi

Kaunter penyerahan sahaja sibuka setiap Hari Selasa

Jam Operasi: 8:00 pagi hingga 10.00 pagi

LTAB dan Anggerek DesaDitutup sepenuhnya

Bagi memudahkan urusan-urusan, orang ramai adalah digalakkan untuk mengunakan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan dalam talian seperti TransportBN, Talian123 serta pengunaan perkhidmatan portal GovBN.

Sekali lagi, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dengan mengamalkan kebersihan diri, etika batuk dan bersin yang betul, penjarakan fizikal dan jika merasa kurang sihat, tidak menghadirkan diri ke Jabatan-Jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan, mengimbas kod QR melalui aplikasi BruHealth setiap kali masuk dan keluar. Sungkup muka hendaklah dipakai pada setiap masa apabila berada di dalam bangunan.

Kerjasama dan pertimbangan orang ramai adalah sangat diharapkan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin berbangkit.

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Korporat, MTIC
pr@mtic.gov.bn







Attachments