Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 22 September 2021 - Notis Penutupan Sementara Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan bahawa bangunan Kementerian ini di Jalan Menteri Besar akan DITUTUP pada hari Rabu, 15 Safar 1443 bersamaan 22 September 2021 untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan iaitu sebagai langkah berjaga-jaga dalam sama-sama membendung wabak COVID-19 serta bagi menjaga kesejahteraan warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta orang ramai yang berkunjung ke Kementerian ini. Bangunan Kementerian ini akan DIBUKA SEMULA pada hari Khamis, 16 Safar 1443 bersamaan 23 September 2021. Bagi sebarang urusan, Kementerian ini bolehlah dihubungi melalui emel korporat@mtic.gov.bn. Kementerian ini memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.


Disediakan oleh: 

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 

Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 

Negara Brunei Darussalam 

14 Safar 1443 bersamaan 21 September 202

Attachments