Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Sabtu, 25 September 2021 - Pengambilan Paket Kecil dan Bungkusan di Pusat Memproses Mel dan Bungkusan (MPC)

Dalam mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) di seluruh negara, JPP akan terus mengikut perkembangan terkini keadaan dan situasi berhubung COVID-19. Sehubungan itu, JPP akan terus komited dalam memastikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan adalah selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan bagi memastikan mengurangkan penularan COVID-19, terutamanya pada pelanggan-pelanggan JPP.

Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai beberapa perubahan terhadap perkhidmatan penyerahan paket-paket kecil dan bungkusan di Pusat Memproses Mel & Bungkusan (MPC), Berakas.

Sehubungan dengan itu, bagi keselesaan pelanggan bagi berurusan di Jabatan Perkhidmatan Pos, JPP telah menyediakan Sistem Tempahan Perjanjian bagi perkhidmatan pengambilan paket kecil dan bungkusan di Pusat Memproses Mel & Bungkusan sahaja buat masa ini dengan memuat turun aplikasi QueUp dari Apple App Store dan juga Google Play Store mulai 25 September 2021.

Orang ramai boleh lah membuat perjanjian mulai 28 September 2021 mengikut tarikh dan waktu yang bersesuaian. Tatacara menggunakan aplikasi QueUp bolehlah di muat turun melalui laman sesawang www.post.gov.bn.

Pelanggan-pelanggan adalah juga disarankan untuk melayari ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Pos (www.post.gov.bn) dan menggunakan aplikasi BruTrack bagi mengetahui status info mengenai barang-barang yang akan diterima oleh pelanggan, ataupun menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian +673 238 0481 atau +673 871 1002 (Whatsapp) semasa waktu bekerja atau e-mel cscpost@post.gov.

 

 

Disediakan oleh:

Jabatan Perkhidmatan Pos

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam


Attachments