Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 13 Oktober 2021 - Mesyuarat "The 80th ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (ASEAN COSTI-80)"

Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah menghadiri Mesyuarat the 80th ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (ASEAN COSTI-80) pada 12 sehingga 13 Oktober 2021 secara maya.


Pada tahun ini, Mesyuarat ASEAN COSTI-80 telah dipengerusikan oleh H.E. Profesor Sirirurg Songsivilai, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Thailand. Antaralain perkara-perkara utama yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

  1. Status Dana ASEAN Science, Technology and Innovation Fund (ASTIF)
  2. Perbincangan mengenai perkembangan inisiatif-inisiatif bagi ASEAN Plan of Action on Science, Technology and Innovation (APASTI)
  3. Perbincangan mengenai pelaksanaan COSTI 2021 Annual Priorities, persetujuan COSTI 2022 Annual Priorities dan sokongan kerangka pendidikan STI Industri 4.0 (Framework on STI Education for Industry 4.0).
  4. Perbincangan mengenai pengembangan kerjasama di STI dengan Rakan Dialog dan Organisasi Antarabangsa
  5. Pemerhatian pembentangan mengenai kerjasama STI dengan organisasi antarabangsa
  6. Persetujuan mengenai pengaturan dan susunan tarikh untuk Mesyuarat COSTI ke-81 yang akan dihoskan dan dipengerusikan oleh negara Vietnam.

 

Dalam persidangan mesyuarat ini juga, Dr Jimmy Lim Chee Ming dari Universiti Brunei Darussalam selaku Pengerusi Board of Advisers to COSTI (BAC), telah membuat pembentangan laporan Mesyuarat the 11th Meeting of the Board of Advisers to ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (BAC-11). Dalam perkara tersebut, pihak COSTI bersetuju untuk:

  1. Membiayai dua projek melalui dana ASTIF iaitu ASEAN COVID Genomics Project dan ASEAN-Wide Anti-COVID-19 Sero-Surveillance Study sebanyak USD50,000
  2. Bersetuju dengan cadangan bagi mensejajarkan inisiatif-inisiatif APASTI kepada laporan pertengahan tahun (Mid-Term Review) ASEAN Economic Community (AEC) Blueprint 2025.


Antaralain perbincangan mesyuarat adalah sesi penilaian untuk memilih pemenang Underwriters Laboratories – ASEAN-US Prize for Women in Science yang mana pemohon-pemohon dinilai berdasarkan sumbangan akademik mereka terhadap tema "Clean Water, Clean Air", serta usaha mereka untuk membimbing saintis-saintis wanita lain.

Ikut serta hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan disertai oleh pegawai-pegawai kanan di MTIC.

 

Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
13 Oktober 2021




 


Attachments