Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Ahad, 17 Oktober 2021 - Majlis Dikir Maulud Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1443 Hijrah, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di bawahnya
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta AgensiAgensi Pihak Berkuasa dibawahnya telah mengadakan Majlis Dikir Maulud Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1443 Hijrah bersamaan 2021 Masihi. Majlis secara maya tersebut diadakan pada hari Ahad, 10 Rabiulawal 1443 Hijrah bersamaan 17 Oktober 2021 Masihi.

Hadir di Majlis tersebut secara maya ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Turut hadir secara maya di Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi); Yang Mulia Awang Haji Salihin bin Haji Aspar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan); Ketua-Ketua Jabatan; Ketua-Ketua Eksekutif; pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya.



Majlis tersebut adalah bagi memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam, disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara pegawai-pegawai dan kakitangan. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Majlis diteruskan dengan persembahan dikir beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. 


Disediakan oleh:
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI
Jalan Menteri Besar
Bandar Seri Begawan, BB3910
Negara Brunei Darussalam
10 Rabiulawal 1443 / 17 Oktober 2021


Attachments