Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 19 Oktober 2021- Yang Mulia Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mempengerusikan bersama 3rd ASEAN-Japan Smart Cities Network
Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam telah mempengerusikan bersama 3rd ASEAN-Japan Smart Cities Network High Level Meeting pada 18 dan 19 Oktober 2021 yang diadakan secara langsung di Aichi, Jepun dan juga secara dalam talian.

Mesyuarat dua hari ini adalah sebahagian daripada International Conference on Sustainable, Resilient Cities and Transport yang mana 3rd ASEAN-Japan Smart Cities Network High Level Meeting adalah dihoskan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Jepun.

Mesyuarat dibuka secara rasmi dengan ucapan alu-aluan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama iaitu Tuan Yang Terutama Ishida Masaru, Vice-Minister for Land, Infrastructure and Hokkaido Development, Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism of Japan dan Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi ASEAN Smart Cities Network (ASCN) pada tahun ini.



Dalam ucapannya, Yang Mulia Setiausaha Tetap MTIC menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Jepun di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada ASEAN melalui pengenalan Smart City supported by Japan ASEAN Mutual Partnership (Smart JAMP) serta ASEAN Smart Cities Planning Guidebook yang pada masa ini masih dalam pengembangan. 

Yang Mulia Setiausaha Tetap MTIC juga mengongsikan bahawa:

Kepesatan proses urbanisasi yang dialami oleh seluruh dunia telah menimbulkan pelbagai cabaran kepada bandar-bandar dan menyebabkan pembangunan menjadi lebih rumit.

Pada masa yang sama, penularan wabak COVID-19 juga memberikan bebarapa cabaran kepada setiap negara. Walaubagaimanapun pencepatan proses transformasi digital adalah antara tema umum dipelbagai sektor.

Wadah seperti 3rd ASEAN-Japan Smart Cities Network High Level Meeting ini adalah sangat penting bagi memberi peluang kepada bandar-bandar ASEAN dan Jepun untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai pembandaran yang pintar dan mampan.
 
Negara Brunei Darussalam juga turut membentangkan mengenai perkembangan terkini projek-projek di bawah ASCN iaitu Projek Revitalization of Kampong Ayer dan Projek Clean River Management yang mana telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, selaku Setiausaha kepada Jawatankuasa Pandu Smart City. Di samping itu, inisiatif-inisiatif smart city negara yang akan diterokai untuk beberapa tahun akan datang juga turut dikongsikan.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penutup daripada kedua-dua Pengerusi Bersama yang mana Yang Mulia Setiausaha Tetap MTIC dalam ucapannya:

Mendorong anggota ASCN untuk tidak membiarkan wabak COVID-19 menjadi penghalang kepada perkembangan bandar pintar mereka tetapi menggunakan kesempatan ini untuk memperkuatkan rancangan tindakan masing-masing melalui pengetahuan dan penyelesaian yang diperolehi daripada Mesyuarat ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga menekankan lagi sekali kepentingan untuk mengukuhkan lagi perkongsian kerjasama di antara ASEAN dan Jepun agar dapat mencapai pembangunan bandar yang pintar dan mampan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat ASEAN.

ASEAN-Japan Smart Cities Network High Level Meeting adalah merupakan Mesyuarat Tahunan bagi membincangkan perkembangan terkini serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menjadikan bandar-bandar ASEAN pintar dan lestari.

Mesyuarat dihadiri oleh anggota ASCN, agensi-agensi kerajaan Jepun dan luar, institusi swasta dan awam serta syarikat-syarikat di bawah Japanese Association for Smart Cities in ASEAN (JASCA).


Disediakan oleh:-
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
19hb Oktober 2021








Attachments