Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Isnin, 8 November 2021 - Penaiktarafan Sistem Pendaftaran bagi Domestic Runners : Runners 2.0 (Upgrading of Domestic Runners Registration System: Runners 2.0)

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin merujuk kepada siaran akhbar pada 7hb Oktober 2021 mengenai Pendaftaran bagi Domestic Runner.

1. MTIC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai khususnya domestic runners yang telah memberikan kerjasama dengan membuat pendaftaran sebagai domestic runners di laman web MTIC yang telah bermula pada 02 Oktober 2021. Setakat 8hb November 2021, Alhamdulillah sejumlah 5,814 individu telah mendaftar sebagai domestic runners seperti yang tersenarai di laman web MTIC.

2. Sehubungan itu, sebagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai, khususnya domestic runners, MTIC ingin memaklumkan bahawa bermula hari Isnin, 8hb November 2021, Sistem Pendaftaran bagi Domestic Runners telahpun dinaiktaraf iaitu Runners 2.0, yang mengandungi beberapa ciri baharu, antara lainnya, seperti berikut:-



 i. Ciri baharu pertama ialah Pengemaskinian Maklumat Domestic Runners

  a. Sistem Runners 2.0 akan membolehkan domestic runners yang berdaftar untuk mengemaskini maklumat-maklumat mereka secara dalam talian.

    b. Ini termasuk mengemaskini maklumat asas sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat yang telah dimasukkan semasa pendaftaran awal, khususnya berkaitan status vaksinasi;

    c. Selain itu, Sistem Runners 2.0 juga akan memerlukan domestic runners untuk memasukkan maklumat tambahan seperti tarikh lahir, jantina, daerah, status vaksinasi COVID-19, tarikh mendapat dos suntikan vaksin dan tarikh terkini menjalani ujian swab Polymerase Chain Reaction (RT- PCR SARS-CoV-2) .

ii. Ciri baharu kedua ialah Colour coding

   a. Seperti saranan Kementerian Kesihatan, semua domestic runners yang berdaftar adalah diperlukan untuk menjalani ujian swab (Polymerase Chain Reaction (RT-PCR SARS-CoV-2) setiap minggu dan dikehendaki untuk mengemaskini tarikh terakhir ujian swab masing-masing ke dalam laman web MTIC mulai 8 Oktober 2021;

  b. Sehubungan itu, di bawah sistem Runners 2.0, ciri baharu colour coding diperkenalkan yang mempunyai dua kod warna iaitu hijau dan merah;

    c. Domestic Runners yang telah mengemaskini tarikh terakhir ujian swab Polymerase Chain Reaction (RT-PCR SARS-CoV-2) mereka setiap minggu akan diberikan kod warna hijau;

   d. Walaubagaimanapun, bagi Domestic Runners yang tidak mengemaskini tarikh terakhir ujian swab Polymerase Chain Reaction (RT-PCR SARS-CoV- 2) pada setiap minggu, mereka akan diberikan kod warna merah. Kod merah ini hanya akan bertukar kepada kod hijau setelah mereka mengemaskini tarikh terakhir ujian swab mereka;

    e. Sistem ini akan membolehkan auto-update ke atas status colour code domestic runners berkenaan setiap kali mereka mengemaskini tarikh terakhir ujian swab masing-masing setiap minggu. Ini bermakna colour code bagi setiap runners adalah bergantung kepada tarikh terakhir ujian swab masing-masing; dan

    f. Colour code untuk setiap runners akan dipaparkan dalam directory Domestic Runners di laman web MTIC untuk rujukan orang ramai dan runners berkenaan mengenainya.

iii. Ciri baharu ketiga ialah fungsi carian (search functions) yang dipertingkatkan dengan membolehkan carian melalui nama, Runner ID Number dan syarikat (bagi runners yang berkhidmat dibawah syarikat-syarikat yang berdaftar). Ciri baharu ini menambahbaik kaedah digital identification bagi runners berkenaan berdasarkan maklumat yang dipaparkan melalui Directory of Domestic Runners di laman web MTIC untuk rujukan runners dan orang ramai secara umumnya.

3. Pengemaskinian sistem Runners 2.0 merupakan salah satu usaha dalam sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 disamping memastikan keselamatan dan perlindungan para domestic runners dan juga pelanggan mereka masing-masing. Ini adalah juga untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa garispanduan dan Standard Operating Procedures (SOP) yang ditetapkan adalah dipatuhi oleh domestic runners semasa mereka menjalankan operasi masing-masing.

4. Dalam kesempatan ini, MTIC ingin mengingatkan domestic runners untuk sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garispanduan yang ditetapkan di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 serta undang-undang dan peraturan berkaitan lain yang berkuatkuasa di Negara Brunei Darussalam.

5. Bagi maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Domestic Runners, termasuk Garispanduan dan SOP Domestic Runners, orang ramai bolehlah melayari laman web MTIC di www.mtic.gov.bn dan bagi sebarang pertanyaan sila emel ke runners@mtic.gov.bn.

 

 

Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 

Negara Brunei Darussalam

E-mel: info@mtic.gov.bn


Attachments