Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 18 November 2021 - Sidang Media Fasa Peralihan bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan dibawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Sebagai susulan kepada Siaran Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 25 Ogos 2021, 30 September 2021 dan kelmarin 17 November 2021, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) sukacita ingin mengongsikan beberapa maklumat-maklumat terkini mengenai perkara-perkara seperti berikut:

Perkhidmatan-Perkhidmatan Kaunter semasa Fasa Peralihan

1. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) merujuk kepada Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri di mana perkumpulan ramai dibenarkan untuk menjalankan aktiviti semasa fasa peralihan dalam Rangka Kerja Pemulihan COVID-19 Kebangsaan dengan mematuhi langkah-langkah pengawalan COVID-19 bagi Perkhidmatan Awam/Kaunter Pejabat Kerajaan yang akan bermula pada 19 November 2021.

2. Dalam kesempatan ini, MTIC ingin memaklumkan pembukaan kaunter perkhidmatan-perkhidmatan secara fizikal bagi jabatan dan pihak-pihak berkuasa dibawahnya akan berkuatkuasa oada Sabtu 20 November 2021 dengan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus seperti yang dijelaskan dibawah.

3. Bagi orang ramai yang hendak berurusan dengan kaunter-kaunter perkhidmatan adalah disarankan untuk mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah kawalan COVID-19 bagi Fasa Peralihan yang berkuatkkuasa pada masa ini antrana seperti berikut:

  • Hanya individu yang lengkap mendapat 2 dos vaksin dibenarkan untuk hadir ke premis-premis berkenaan. Bukti pengesahan vaksinasi hendaklah ditunjukkan.
  • Semua individu dikehendaki memakai sungkup muka (face mask).
  • Semua individu dikehendaki mengimbas Kod QR premis dengan menggunakan aplikasi BruHealth.
  • Hanya individu yang mempunyai kod BruHealth warna hijau dan kuning sahaja dibenarkan masuk. Kad pengenalan hendaklah ditunjukkan sebagai pengesahan.
  • Individu yang mengalami simptom dan berisiko tinggi tidak dibenarkan masuk.
  • Mempraktikkan penjarakan sosial pada setiap masa.
  • Mengelakkan sebarang kontak fizikal.
  • Pemeriksaan suhu badan hendaklah dilakukan dan menggunakan sanitasi tangan sebelum memasuki premis.
  • Memastikan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam sentiasa dipatuhi.
4. Dalam kesempatan ini, MTIC juga ingin menyeru kepada orang ramai untuk terus menggunakan perkhidmatan bukan kaunter yang ada seperti perkhidmatan dalam talian (online) dan TD123 dan pembayaran tanpa tunai (cashless) bagi samasama memainkan peranan masing-masing dalam langkah-langkah pengawalan jangkitan COVID-19.

Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat (JPD)

1. JPD ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai waktu operasi dan kaedah perkhidmatan kaunter-kaunter JPD diseluruh daerah yang akan bermula pada hari Sabtu, 20 November 2021 seperti berikut:

Cawangan
Waktu Operasi perkhidmatan kaunter
Semua cawangan
Isnin - Khamis & Sabtu, 8.15 pagi – 12.30 tengahari Kecuali hari Jumaat dan hari kelepasan awam
Pos Kawalan
Setiap hari, 6.00 pagi – 3.00 petang termasuk hari kelepasan awam

Cawangan
Kaedah Perkhidmatan Kaunter
Ibu Pejabat JPD & Kompleks Litar Memandu Sg. Akar
Secara tempahan melalui aplikasi Que-Up
Cawangan JPD Tutong, Kuala Belait dan Temburong
"Walk-in"
2. Bagi pendaftaran kenderaan baru dan terpakai luar negara serta perkhidmatan Tukar Milik yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penjual kenderaan terpakai dalam negeri adalah masih seperti yang berjalan pada masa ini iaitu melalui perjanjian/ berjadual.

3. Bagi perkhidmatan yang tidak melalui kaunter adalah seperti berikut: Cawangan Kaedah Perkhidmatan Kaunter International Driving Permit (IDP) dan pengesahan Lesen Memandu Melalui emel Pelekat Kenderaan Daftar Luar Negara (PKDLN) adalah Hanya secara dalam talian melalui TransportBn & Gov.bn

4. Bagi perkhidmatan Tukar Milik/ Pinjaman (Loan) dan Pengubahsuaian Kenderaan, Buku/ Kad Pendaftaran Kenderaan (Blue book/Blue card) serta dokumen berkenaan akan dihantar melalui EMS dengan caj pembayaran $3 dalam daerah dan $4 luar daerah.

5. JPD juga ingin sekali lagi memaklumkan bahawa bermula 8 Oktober 2021, JPD tidak lagi mengeluarkan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu berbentuk fizikal dan ianya telah digantikan dengan pesanan ringkas atau SMS yang dikeluarkan oleh JPD melalui talian 39999. Merujuk Siaran Akhbar MTIC bertarikh 9 September 2021 mengenai pengambilan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu melalui Cawangan- Cawangan Pos khususnya permohonan-permohonan yang diterima sebelum 8 Oktober 2021, JPD ingin memaklumkan bahawa bermula Sabtu, 20 November 2021, pengambilan Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu adalah melalui cawangan-cawangan JPD yang berkenaan. JPD akan menghubungi pemohon-pemohon tersebut bagi tarikh dan tempat pengambilan. 

Pembukaan Sekolah-Sekolah Memandu, Latihan dan Ujian Memandu

6. Merujuk kepada Siaran Media COVID-19 kelmarin 17 November 2021 dan pernyataan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, sekali lagi disampaikan bahawa sebanyak 23 pengusaha sekolah-sekolah memandu akan dibenarkan beroperasi semula dimana seramai 308 pelajar sedang menunggu untuk manjalankan ujian memandu iaitu:

  • 240 pelajar memohon ujian praktikal memandu di Kompleks Litar Memandu Sungai Akar;
  • 20 pelajar bagi permohonan di cawangan JPD Tutong;
  • 40 pelajar bagi permohonan di cawangan JPD Kuala Belait;
  • 8 pelajar bagi permohonan di cawangan JPD Temburong;
7. JPD juga memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat latihan praktikal memandu bermula 20 November 2021 bagi memastikan pelajar-pelajar bersedia untuk menjalankan ujian memandu yang dijadualkan bermula pada 27 November 2021 mengikut penjadualan yang ditetapkan.

8. Sementara itu, JPD telah menyediakan sebanyak 318 slot untuk ujian praktikal memandu bermula 27 November 2021 hingga 31 Disember 2021 dengan 15 slot ujian sehari bagi Kompleks Litar Memandu dan cawangan-cawangan JPD yang lain. Bagi tempahan ujian kod jalan raya dan ujian memandu, calon-calon adalah dinasihatkan untuk menghubungi sekolah-sekolah memandu masing-masing.

Garispandu Bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan Pengangkutan Darat dan Air Awam

9. Merujuk kepada Siaran Media yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi kelmarin 17 November 2021, sukacita Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengongsikan mengenai perlaksanaan Garispanduan Fasa Peralihan bagi PerkhidmatanPerkhidmatan Pengangkutan Awam Darat dan juga bagi Perahu Penambang, Perahu Penumpang dan Kapal-Kapal Penambang.

10. Garispanduan ini turut dikongsikan bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat, dari segi pengawalselia, pengusaha dan juga orang ramai sentiasa bekerjasama dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam mematuhi dasar, undang-undang dan sebarang pengemaskinian yang dijalankan keatas garispandu yang sedia ada demi memastikan kelancaran perlaksanaan garispandu tersebut dan juga keselamatan bersama.

11. Antara syarat-syarat utama dalan garispanduan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:-

  • Hanya dibenarkan pemandu, petugas dan penumpang yang sudah lengkap mengambil dua dos vaksin COVID-19;
  • Had kapasiti ditetapkan kepada 50% kapasiti bagi kenderaan bas awam, teksi dan e-hailing (tidak termasuk pemandu). Dengan itu, bagi teksi dan e-hailing yang mempunyai muatan tempat duduk penumpang untuk lima (5) orang, maka hanya dua (2) penumpang dibenarkan untuk menaikinya (tidak termasuk pemandu). Bagi teksi dan e-hailing berkapaditi muatan tempat duduk untuk tujoh (7) orang, maka hanya seramai tiga (3) penumpang dibenarkan menaikinya (tidak termasuk pemandu); dan
  • Penumpang-penumpang yang mempunyai kod Bruhealth berwarna hijau atau kuning SAHAJA yang dibenarkan untuk menaiki kenderaankenderaan berkenaan.
12. Bagi pengangkutan awam air pula, antara keperluan utama adalah seperti berikut:-

  • Hanya dibenarkan pemandu, petugas dan penumpang yang sudah lengkap mengambil dua dos vaksin COVID-19;
  • Had kapasiti bagi sebarang pengangkutan awam air adalah 50% daripada kapasiti penumpang (tidak termasuk pemandu); dan
  • Penumpang-penumpang yang mempunyai kod Bruhealth berwarna hijau atau kuning SAHAJA yang dibenarkan menaiki bot penambang/bot penumpang dan/atau kapal-kapal penambang. Garispanduan penuh mengenai perkhidmatan pengangkutan awam darat dan pengangkutan awam air ini dilampirkan bersama dan boleh diperolehi dari laman web www.pmo.gov.bn.
13. Orang ramai diseru untuk memainkan peranan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dikawal dengan mematuhi peraturan dan arahanarahan yang telah dikeluarkan. Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengucapkan terima kasih diatas pematuhan dan kerjasama semua pihak-pihak yang terlibat bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini akan dapat dikawal dalam pengendalian perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

14. Garispanduan lengkap bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan Sekolah Memandu dan Pengangkutan Awam Darat dan Laut boleh diperolehi dari laman web www.jpm.gov.bn.

Backlog Permohonan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Melalui TD123

15. Merujuk kepada siaran akhbar Jabatan Pengangkutan Darat bertarikh 1 Rabiulakhir 1443 bersamaan 6 November 2021 yang lalu, Alhamdulillah, setelah backlog permohonan permohonan lesen memandu dan lesen kenderaan yang belum selesai telahpun ditutup pada 29 Oktober 2021, Call Agents baru iaitu sebanyak 29 tambahan call agents bagi Talian Darussalam 123 (TD123) telahpun ditugaskan untuk menerima panggilan-panggilan dan permohonan, seterusnya fokus dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

16. Hasil dari peningkatan dan penambahbaikan tersebut, TD123 telah pun berjaya menurunkan call abandoned rate daripada 41% pada bulan September 2021 dan 38% pada bulan Oktober 2021 kepada 18% pada bulan November 2021. Pusat Kebangsaan E-Kerajaan akan terus memantau perkembangan perkhidmatan TD123 bagi memastikan kualititi perkhidmatan yang terbaik khususnya dalam Negara Brunei Darussalam melalui fasa peralihan dan seterusnya fasa endemik.

17. Di samping itu juga, Talian Darussalam 123 sedang dalam proses penaiktarafan laman sesawang yang baru yang akan siap dilaksanakan pada 22 November 2021. Dalam hal ini, TD123 memohon maaf di atas sebarang gangguan yang mana laman sesawang TD123 tidak dapat diakses semasa penaiktarafan tersebut.

18. Untuk perkembangan terkini, orang ramai bolehlah mengikuti media sosial Talian Darussalam 123 (Instagram: @td123bn atau GOV.BN (Instagram: @gov.bn, Telegram: https://t.me/govbnofficial).

Proses Baru Perkhidmatan Pos Semasa Fasa Peralihan Bermula

19. Jabatan Perkhidmatan Pos ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa bagi proses baru dalam Fasa Peralihan yang berkuatkuasa pada masa ini yang akan dilaksanakan di semua cawangan Pejabat Pos seluruh Negara Brunei Darussalam, HANYA pelanggan yang mempunyai kod BruHealth berwarna Hijau dan Kuning dan telah selesai mengambil 2 dos vaksin dibenarkan masuk ke dalam premis cawangan. Pelanggan juga dimestikan untuk menggunakan sistem Queup bagi menetapkan slot masing-masing yang terdapat di cawangan MPC, Menglait dan Seri Kompleks. Sementara bagi cawangan selebihnya, pelanggan dibenarkan masuk secara "walk in" dengan mematuhi garispandu tidak melebihi kapasiti 50% di premis masing-masing.

20. Pelanggan-pelanggan juga diperlukan untuk menggunakan sungkup muka setiap masa semasa berada didalam mana-mana Pejabat Pos serta menunjukkan kad pengenalan masing-masing sebelum masuk ke dalam mana-mana premis Pejabat 8 Pos. Pihak pengurusan jabatan juga pada masa ini telah mengarahkan kakitangan yang baru mengambil dos pertama untuk mengambil dos kedua secepat mungkin selaras dengan Surat Keliling mengenainya. Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengaktifkan penggunaan ART tertakluk kepada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

21. Untuk makluman orang ramai jua, mulai Sabtu 20 November 2021, kesemua cawangan Jabatan Perkhidmatan Pos akan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan hari Sabtu, kecuali hari kelepasan awam. Manakala Pusat Penyerahan Setempat (PPS) di Pusat Memproses Mel (MPC) akan dibuka pada setiap hari bekerja. Manakala Pejabat Pos Anggerek Desa dan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) adalah masih ditutup.

22. Manakala kaunter-kaunter Pejabat Pos seperti lazimnya akan memberi perkhidmatan tradisi pos. Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Pos sejajar dengan peranannya sebagai pemudahcara kepada perkhidmatan kerajaan yang sedia ada, sukacita dimaklumkan kepada orang ramai bahawa sebanyak lapan (8) cawangan pos akan beroperasi dan menerima para pelanggan yang ingin berurusan untuk proses pembaharuan lesen memandu (DL) dan Lesen Kenderaan (VL). Cawangan yang dimaksudkan adalah; Cawangan Pusat Memproses Mel (MPC), Pejabat Pos Muara, Pejabat Pos Seri Kompleks, Pejabat Pos Sengkurong dan Pejabat Pos Menglait bagi Daerah Brunei Muara. Cawangan Pos Tutong bagi Daerah Tutong dan cawangan Pos Seria dan Mumong bagi Daerah Belait. Perkhidmatan ini akan bermula pada 20 November 2021.

 

Disediakan oleh:
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam
E-mel: info@mtic.gov.bn
18 November 2021



Attachments