Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Selasa, 21 Disember 2021 - Siaran Media Pengemaskinian Perkhidmatan-Perkhidmatan di Bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Berikutan Siaran Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) pada hari Rabu 15 Disember 2021 dan susulan Siaran Media Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada Khamis 16 Disember 2021, Alhamdulillah, dengan mengambilkira maklumbalas orang ramai dan sebagai usaha penambahbaikan, khususnya kepada perkhidmatan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan (Road Tax), MTIC ingin mengongsikan perkara-perkara seperti berikut :-

1.    Beberapa ciri-ciri tambahan kepada aplikasi mudah-alih TransportBN telah mula diperkenalkan pada 15hb Disember 2021 yang lepas. Citi-ciri tambahan yang meliputi akses kepada Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan ataupun Road Tax dalam bentuk digital merupakan antara usaha untuk menambah nilai kepada perkhidmatan-perkhidmatan Lesen Kenderaan (Road Tax) dan perkhidmatan Lesen Memandu.

2.    MTIC telahpun mengemaskinikan ciri TransportBN iaitu Lesen Kenderaan dan dikenali juga sebagai "Road Tax" untuk kemudahan kefahaman orang ramai dan mengelakkan sebarang kekeliruan orang ramai. Bagi memastikan penggunaan yang lebih lancar dan berkesan, orang ramai turut dinasihatkan untuk mengemaskini atau meng-update aplikasi TransportBN di telefon pintar masing-masing.
3.    Sejak pengenalan ciri-ciri baru pada aplikasi TransportBN ini pada 15 Disember, setakat 21 Disember 2021, iaitu hari ini, sebanyak 16,600 pengguna baru iaitu peningkatan sebanyak 21.1% telahpun memuat turun aplikasi berkenaan iaitu daripada 78,500 pengguna pada awal bulan Disember 2021 kepada 95,100 pengguna pada 21 Disember 2021 pada hari ini.

4.    Setelah pemantauan dan penelitian semula dan bagi kesenangan serta kemudahan orang ramai, MTIC melalui JPD telah mengeluarkan pelekat lesen kenderaan atau road tax mulai hari ini iaitu 21 Disember 2021. Selain daripada permohonan yang dibuat secara dalam talian, permohonan bagi membaharui lesen kenderaan atau road tax ini juga boleh dibuat di kesemua kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Darat dan kaunter-kaunter Pejabat-pejabat Pos yang telahpun dikenalpasti.
 5.    Seperti kaedah lesen kenderaan digital, kaedah pelekat lesen kenderaan atau road tax ini adalah masih digunapakai dan masih sah sepertimana jua kaedah  lesen memandu digital dan juga lesen memandu fizikal sekaligus.

 6.    Sementara itu, pemohon yang telah menerima SMS dan berkeinginan untuk mendapatkan pelekat-pelekat lesen kenderaan atau road tax, JPD akan memaklumkan perincian lanjut mengenai perkara ini dalam waktu yang terdekat .

7.    Begitu juga dengan permohonan membaharui lesen memandu yang telahpun diumumkan semasa Sidang Media pada 15 dan 16 Disember 2021 lalu, kad-kad lesen memandu fizikal juga telah mula dikeluarkan bagi setiap permohonan perkhidmatan pembaharuannya.
 8.    Dikesempatan ini, MTIC merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai khususnya diatas maklumbalas dan pandangan-pandangan biskita dalam meningkatkan dan menambahbaik kualiti penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan JPD secara berterusan, Insya Allah.

 9.    Keterangan lanjut mengenai pelaksanaan perkara-perkara di atas juga akan diterangkan dan diberigakan dengan lebih terperinci melalui Siaran Media JPD yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, Insya Allah.

 

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan oleh:

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Negara Brunei Darussalam

E-mel: info@mtic.gov.bn


Attachments