Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 6 Julai 2022 - Majlis Penandatanganan Perjanjian Perkhidmatan Udara diantara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Republik Demokratik Timor-Leste

​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi, Republik Demokratik Timor-Leste mewakili Kerajaan Republik Demokratik Timor-Leste hari ini telah menantangani Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara kedua buah Negara yang berlangsung di The Rizqun International Hotel, Gadong. 

Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi manakala bagi Kerajaan Demokratik Timor-Leste ialah Tuan Yang Terutama José Agustinho da Silva, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi. 

Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste telah ditubuhkan pada 20 Mei 2002. Penandatangan Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Demokratik Timor-Leste ini merupakan satu lagi pencapaian di dalam perhubungan dua hala di antara kedua buah Negara. Ianya membuka jalan bagi peluang kesalinghubungan udara yang lebih berkembang serta membuka peluang-peluang kerjasama dalam industri penerbangan awam dan destinasi di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Demokratik Timor-Leste. Melalui kesalinghubungan ini juga setentunya akan mendorong bagi peningkatan hubungan ekonomi, sosial dan budaya antara rakyat kedua buah Negara. 

Turut hadir menyaksikan Majlis Penandatangan tersebut ialah Puan Yang Terutama Adaljiza Albertina Xavier Reis Magno, Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama, Abel Guterres, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi) dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, serta pegawai-pegawai kanan dan eksekutif daripada agensi-agensi berkepentingan dari kedua-dua buah Negara. 

Sebelum Majlis Penandatangan, Puan Yang Terutama Adaljiza Albertina Xavier Reis Magno, Menteri Luar Negeri dan Kerjasama, bersama Tuan Yang Terutama José Agustinho da Silva, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi, Republik Demokratik TimorLeste telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dimana kedua Negara telah bertukar padangan bagi mempertingkatkan kerjasama dalam sektor pengangkutan dan infokomunikasi antara kedua Negara terutama dalam sektor pengangkutan udara. 

Semasa berada di Negara ini, Tuan Yang Terutama José Agustinho da Silva, Menteri Pengangkutan dan Komunikasi, Republik Demokratik Timor-Leste dan rombongan juga telah mengadakan lawatan kerja ke jabatan-jabatan dan pihak-pihak berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi meninjau perkembangan sektor pengangkutan dan infokomunikasi di Negara ini. Lawatan meliputi Kompleks Litar Latihan Dan Ujian Memandu Kampong Sungai Akar, Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam, Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD). Semasa lawatan di MPABD, Tuan Yang Terutama juga mendengarkan taklimat daripada Brunei Maritime Academy (BMA). Tuan Yang Terutama juga turut mengadakan lawatan ke Telephone House, Unified National Network (UNN) Sendirian Berhad di Sumbiling. 


Disediakan oleh: 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
Negara Brunei Darussalam 
E-mel: info@mtic.gov.bn



Attachments