Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Ucapan Alu-Aluan Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa Bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan Bagi Sesi Muzakarah Kementerian Perhubungan Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Pada Hari Rabu 13 Januari 2016

Ucapan Alu-Aluan

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa Bin Haji Sirat,

Menteri Perhubungan

Bagi Sesi Muzakarah Kementerian Perhubungan Bersama

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara


Pada Hari Rabu 13 Januari 2016  

Jam 9.00 Pagi Di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah

Tingkat 1, Bangunan Kementerian Perhubungan



Bismillahi rahmanir Rahim

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Wassalatu wassalamu ala asyrafil mursalin sayidinna Mohammadin waala alihi wasahbihi ajamain.

Rabbi Syrahli Sadri WaYassirli Amri, wahlal ukhdatam milisani, yaf qahu qauli.

Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara

Yang Mulia Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan

Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai kanan, Kementerian Perhubungan.

Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh dan selamat Pagi.

 

1.          Alhamdulillah, terlebih dahulu ketani merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana atas taufiq dan hidayahNya jua ketani dapat bersama pagi ani, bagi Sesi Permuzakarahan antara Kementerian Perhubungan dengan Yang Berhormat Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

 

2. Sehubung dengan itu, Kaola/saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Ahli Ahli Majlis Mesyuarat Negara, hadir  dan meluangkan masa ke Sesi Permuzakarahan ini,

 

3.  Begitu juga dengan KEPERHATIAN Yang Berhormat Ahli Ahli Majlis Mesyuarat terhadap peranan dan tanggungjawab Kementerian Perhubungan, terutama dalam memberi sumbangan kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan Negara, seperti yang telah  dihasyratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

4.  Tidak dapat dinafikan, bahawa bidang Pengurusan dan Dasar Awam atau State Craft adalah 'seperti menatang minyak yang penuh' satu bidang tugas yang harus di CERMATI ditanai dengan teliti, terutama dalam waktu negara berhadapan dengan berbagai cabaran dengan suasana serantau dan global yang tidak menentu.

 

5. Kementerian ini sentiasa peka akan kepentingan 'Sektor Perhubungan' terhadap pertumbuhan dan ketahanan ekonomi, membuka lagi peluang-peluang perdagangan dan pekerjaan,  ataupun creating economic space serta dapat mengalas kesan-kesan dari kemiskinan.

 

6. Kearah ini, Kementerian Perhubungan terus memberi focus kepada menyediakan kemudahan dan perkhidmatan atau 'public goods' dalam bentuk Pengangkutan dan ICT dan khidmat-khidmat perhubungan, khususnya bagi menggalakkan kelancaran perjalanan (mobility) rakyat, barangan dan perkhidmatan, Meningkatkan 'hubungselia'  atau 'Connectivity' baik dalam negeri atau luar Negara, terutama ditempat-tempat dan Negara-negara yang mempunyai kepentingan ekonomi.

 

7.  Disamping itu, Kementerian Perhubungan juga mempunyai perancangan selaras dengan Wawasan 2035 untuk meningkatkan lagi taraf perkhidmatan melalui program permodenan dan menaik taraf, program pemudahcara seperti penswastaan dan corporatisation, program perkembangan seperti Public Transport; program focus pengguna dan sebagainya, salah satu strategi untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

 

8.  Semua program ini telah berjalan sebagai on-going process dan Insya Allah dilaksanakan mengikut keupayaan atau dengan kaedah-kaedah lain seperti penyertaan pihak swasta.

 

9.  Sehubungan dengan itu, Kementerian Perhubungan sangat-sangat menghargai sebarang pandangan dan buah fikiran dari Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara dengan niat untuk memperbaiki lagi tahap perkhidmatan yang dihulurkan oleh Kementerian ini demi untuk memenuhi kehendak dan citarasa rakyat dan penduduk di Negara  ini, dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan dan taraf hidup  rakyat (standard of living) di Negara ini . 

 

10.  Secara peribadi, saya sendiri amatlah menghargai proses permuzakarahan ini kerana asas kepada satu pemerintahan yang baik atau good governance ialah ketelusan (transparency), kebertanggungjawaban (accountability) dan juga kesaksamaan (equity).

 

11.  Sekian sahaja serba sedikit yang Kaola/Saya memberi gambaran terhadap komitmen Kementerian Perhubungan. Insya Allah perkara ani akan dijelaskan lagi dengan sesi taklimat yang akan diberikan oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap yang mana akan diikuti dengan sesi perbincangan dan soal jawab.

 

12.       Sebelum itu izinkan Kaola / saya untuk menjemput semua pegawai pegawai yang  ada bersama saya pada pagi ini untuk memperkenalkan diri masing-masing.

 

13. Dengan perkenalan itu, sekian  sedikit kata alu-aluan daripada kaola/saya, wabilahi taufiq wal hidayah, Wassalamu alaikum warrahmatullahi wa Barkatuh.​

Attachments
Created at 27/01/2016 14:21 by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 27/01/2016 14:21 by Siti Hawa binti Aboo Samah