Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Teks Ucapan Yang Berhormat Menteri Perhubungan Sempena Majlis Pelancaran National ICT White Paper & ICT Manpower Masterplan For Brunei Darussalam, 4hb Februari 2016, Kementerian Perhubungan

TEKS UCAPAN

YANG BERHORMAT

DATO PADUKA AWANG HAJI MUSTAPPA

BIN HAJI SIRAT

MENTERI PERHUBUNGAN

 

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN NATIONAL ICT WHITE PAPER & ICT MANPOWER MASTERPLAN FOR BRUNEI DARUSSALAM

 

PADA

HARI KHAMIS, 4HB FEBRUARI 2016

 

BERTEMPAT DI

DEWAN AMAR PAHLAWAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

 

 

Bismillahir rahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alameen,

wassalatu wassalamu 'ala asyrafil anbiyaaiwal mursaleen. Sayyidina muhammadin wa'ala aalihi wasahbihi ajma'een.

 

Yang Berbahagia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad,

Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan,

 

Yang Mulia Setiausaha Tetap - Setiausaha Tetap dan Timbalan - Timbalan Setiausaha Tetap,

Ahli-ahli Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (BIT Council),

 

Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan,

hadirin dan hadirat sekalian,

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam sejahtera,

 

1. Terlebih dahulu, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT… kerana atas segala taufiq dan hidayahNya juga….kita dapat bersama pada petang ini…., bagi pelancaran Kertas Putih dan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT.

 

2. Peramba / Saya ingin mengucapkan tahniah/ dan setinggi-tinggi penghargaan/ kepada semua pihak yang terlibat,….. khususnya kepada Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi, atau AITI, dan juga kepada Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan, atau BIT Council…..yang telah banyak memberi sumbangan … baik dari segi tenaga atau buah fikiran/ dalam usaha untuk mencarta satu gagasan/ bagi perkembangan Teknologi Maklumat di negara ini.

 

3. Pelancaran Kertas Puteh/ dan Pelan Induk Tenaga kerja ICT….diadakan bertepatan pada waktunya…., dimana kita sedang giat menumpukan perhatian/ untuk mempelbagaikan ekonomi negara.

 

4. Pertumbuhan sektor ICT sudah menjadi satu kenyataan.

 

5. Mengikut beberapa kajian, di negara-negara membangun, sektor ICT telah menyumbang sebanyak lima(5) ke dua-belas(12) peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Sementara bagi Negara Brunei Darussalam, sumbangan tersebut sudah mencapai kepada 1.4 peratus pada tahun 2013.

 

6. Sungguhpun keadaan ekonomi masih tidak menentu,/ namun saham-saham IT/ terus bertahan/ menunjukkan prestasi yang baik/ dan antara yang termahal di bursa antarabangsa.

 

7. Fakta ini/ telah menambah keyakinan/ bahawa sektor ICT/ mampu berdaya tahan/ untuk dimajukan dan di perkembang luaskan ….. serta membuka peluang-peluang pelaburan/ dan pekerjaan/ yang harus dipelopori khususnya oleh pihak swasta.

 

8. ICT hampir menyelubungi semua aspek kegiatan manusia dan telah banyak memainkan peranan dalam meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan.

 

9. Dilihat secara dekat,/ sebagai alat atau tools/ teknologi digital mampu menjana hasil-hasil kreatif, berupa multi-media,/ program program digital/ atau sistem applikasi yang mempunyai nilai yang tinggi kepada pengguna dan mesyarakat.

 

10. Hasil-hasil ini membawa faedah yang besar/ kerana impak nya terhadap memperluas hubungan/ atau connectivity melalui ruang cyber;/ mengubah dan memudah cara;/ memperkaya dengan khazanah ilmu dan maklumat;/ dan meningkatkan prestasi pengurusan dengan lebih cekap dan berkesan.

 

11. Kesimpulannya, untuk menghasilkan sesuatu, ICT berharap kepada human capacity, imiginasi, daya cipta, dan kemampuan intellectual.

 

12. Disinilah pada pandangan saya/ pentingnya satu gagasan/ untuk menangani cabaran-cabaran/ … dan melakar hala tuju/ dan sasaran yang ingin dicapai/ untuk menjadikan ICT sebagai satu sektor yang dinamik.

 

13. Ia itu satu gagasan yang memfokus kepada strategi pelaburan dan pembangunan human capital dan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam bidang ICT.

 

14. Dalam keghairahan kita membuka luas pasaran/ dan penyertaan dalam sector ICT,/ kita harus prihatin terhadap penglibatan tenaga tenaga tempatan/ untuk melahirkan daya cipta mereka/ yang ketika ini masih di dominasi oleh idea-idea dari luar.

 

15. Daftaran Intellectual Property Right yang berhubung dengan ICT juga masih belum menyerlah.

 

16. Persoalannya,/ sejauh manakah tenaga kerja kita/ sudah dapat menguasai teknologi maklumat/ dan berupaya untuk membuahkan hasil-hasil dari hartanah intelektual tempatan…..

 

17. Dalam mencapai hasrat ini/ kita berharap untuk berkerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan/ dengan mengambil langkah/ memberi ruang dan keutamaan/ kepada bakat bakat tempatan;/ memperbanyakkan peratus pekerja-pekerja tempatan/ serta merancang program-program latihan yang komprehensif.

 

18. Melihat kepada pencapaian ICT setakat ini,/ Alhamdulillah/ dengan usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan selama ini…Negara Brunei Darussalam telah berada di tangga yang ke 71 dari 166 buah negara dalam ICT Development Index… dan tangga yang ke 45/ dari 148 buah negara dalam Network Readiness Index pada tahun 2014. Kedua-dua ini/ merupakan satu petanda yang baik/ untuk kita memberi perhatian secara serius mengenai aspek penghasilan dalam sektor ICT.

 

19. Dari segi infrastruktur/ hampir 35,000 buah rumah sudah dihubungkan dengan fibre-optics/ dan sebanyak 10,000 buah rumah lagi akan dicapai pada tahun ini. Perkembangan ini/ selaras dengan Wawasan 2035 untuk mencapai 100 peratus sebelum tahun berkenaan.

 

20. Sungguhpun demikian/ kita masih berharap syarikat-syarikat telekom/ akan terus meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka/ …. termasuk perkhidmatan e-speed dan telefon bimbit/…. dan mengurak perkhidmatan mereka ke kawasan luar Bandar/ dan kawasan penduduk baru/ seperti di rancangan perumahan negara.

 

21. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan juga terus memandu perkembangan ICT dengan melancarkan beberapa program-program e-Government termasuk e-Darussalam, BruHims, GEMS, Network centres dan menggalakkan perkembangan bakat dan kreativiti melalui rancangan Brunei ICT Awards, IGNITE dan sebagainya

 

22. Dalam rangka ini/ saya juga mengalu-alukan cadangan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pos/ untuk memberi perkhidmatan e-commerce/ terutama dalam usaha untuk menseimbangkan penurunan/ dalam penghantaran surat yang semakin menurun dan tidak cost effective.

 

23. Disamping itu,/ saya juga berharap bagi syarikat syarikat telekom dan syarikat syarikat ICT lain,/ untuk membuka satu pasaran cyber/ bagi perkembangan software development dinegara ini.

 

24. Apa yang kita lihat sejauh ini,/ software development/ atau application software/ terus meningkat/ dengan idea idea yang merangsang perkhidmatan telekom dan iklan/…keadaan ini/ pada pandangan saya/ dapat membuka peluang bagi software development tempatan menyalurkan dan memasarkan idea idea mereka melaui kolaborasi bersama syarikat telekom.

 

25. Dengan perkembangan ini, kita berharap kepada persaingan yang sihat dan menggalakkan pertumbuhan ICT yang padat dinegara ini,

 

26. Nilai tambah atau value add yang boleh disumbangkan oleh anak-anak tempatan harus diberi penekanan sebagai satu strategi/ selaras dengan aspirasi untuk mengadakan local business development dalam sektor ICT, dan mengurangkan pergantungan kepada solution-solution dari luar negara.

 

27. Kita juga khuatir,/ jika perkara ini tidak diberi perhatian yang khusus/ akan terjadi keciciran/ dimana lepasan universiti tidak mempunyai kesempatan/ untuk menyumbangkan kebolehan mereka kerana tewas di medan persaingan ICT.

 

28. Dengan adanya gagasan ICT, sudah tepat pada masanya/ bagi pihak yang berkuasa AITI/ dan BIT Council/ untuk menilai semula keadaan perkembangan Teknologi Maklumat di Negara ini dengan lebih dekat./ dan memestikan sejauh manakah kita dapat 'menambah nilai tempatan'/ dan membolehkan rakyat di negara ini/ memasuki persaingan ICT/ dan dan bagi syarikat luar/ yang melabur di negara/ ini akan lebih berharap kepada tenaga pekerja dalam negeri dan bukan luar negara.

 

29. Alhamdulillah,….kita yakin dengan persekitaran yang conducive.

 

30. Rangkakerja perundangan dan kawalselia/ sudah dibentuk/ terutama dengan tertubuhnya pelbagai agensi Kerajaan/ yang memainkan peranan masing-masing …. Tinggal saja lagi,/ persekitaran ini perlu dipertingkatkan/ bagi memastikan manfaatnya/ dapat dirasai oleh masyarakat dan pengguna di Negara ini.

 

31. Dalam persaingan ini, saya juga ingin menyeru pihak AITI…. untuk terus memainkan peranan dalam memandu penyelidikan dan perkembangan dalam bidang ICT…. terutama/ dengan harapan untuk memperkaya khazanah intellectual property di negara ini.

 

32. Begitu juga dengan kesan kesan negative atau penyalahgunaan ICT.

 

33. Perkara ini harus dipantau… untuk memastikan ICT tidak disalah gunakan/ untuk tujuan yang bertentangan dengan agama, undang undang dan adat resam dinegara.

 

34. Keselamatan ICT juga/ bergantung kepada persaingan teknologi itu sendiri/ dan harus menjadi salah satu objektif utama/ dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan terhadap ICT.

 

35. Dari segi harga perkhidmatan pula,/ ianya mudah saja menjadi faktor penghalang kepada akses dan penggunaan ICT. … Perkara ini harus dikaji dari masa kesemasa dari segi prospek ekonomi yang ada. Kepentingan pengguna mestilah terpelihara dalam setiap strategi perniagaan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan.

 

36. Sehubungan ini, saya ingin menyeru bagi Pihak AITI untuk terus memantau perkara ini, dan memastikan agar perkhidmatan ICT dapat diperolehi dengan mudah dan mampu untuk dimiliki oleh pengguna.

 

37. Sebelum mengakhiri,/ sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada Ketua Eksekutif AITI… dan juga kepada semua pihak-pihak yang terlibat/ dalam menjayakan pelancaran Kertas Puteh dan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT. Mudah-mudahan …segala usaha yang berkebajikan ini .. mendapat berkat dan menerima ganjaran dari Allah Subahanahu Wata'ala Jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

38. Sekian WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

 

 

 

 

Attachments
Created at 11/02/2016 17:02 by Hajah Suriati Binti Haji Yusof
Last modified at 11/02/2016 17:03 by Hajah Suriati Binti Haji Yusof