Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Sembah Alu-Aluan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat Menteri Perhubungan Sempena Majlis Penyempurnaan Anugerah ICT Brunei 2016 (BICTA 2016) Pada Hari Selasa 6 September 2016 Bertempat Di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas

SEMBAH ALU-ALUAN

 

YANG BERHORMAT

DATO SERI SETIA AWANG HAJI MUSTAPPA BIN HAJI SIRAT

MENTERI PERHUBUNGAN

 

SEMPENA MAJLIS PENYEMPURNAAN ANUGERAH ICT BRUNEI 2016 (BICTA 2016)

 

PADA

HARI SELASA 04 ZULHIJJAH 1437H /

06 SEPTEMBER 2016

JAM 09.30 PAGI

 

BERTEMPAT DI

DEWAN PERSIDANGAN UTAMA

PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarkatuh

Bismillahir Rahmaanir Rahim

Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasalaatu Wassalaamu `Alal Asyrafil Ambiya e Walmursaleen, Sayidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihi Ajama'een

 

Raabi Syrahli, Sadri Wa-yassirli Amri Wahlul Uqdatam Millisani Yafqahu Qaulli.

Mengadap Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan.

 

Beribu Ampun,

 

               Dengan bersyukur kehadhrat Allah Subahanahu Wa Ta'ala dan dengan penuh hormat serta takzim, hamba Duli Tuanku, dan mewakili ahli-ahli Jawatankuasa, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih diatas kurnia perkenan Duli Tuanku untuk berangkat dan seterusnya menyempurnakan Anugerah BICTA 2016.

 

Sesungguhnya Keberangkatan Duli Tuanku ke majlis ini merupakan satu penghormatan yang sangat tinggi dan satu suntikan semangat bagi abis hamba Duli Tuanku untuk meneruskan usaha berkebajikan kearah meningkatkan lagi bakat  dalam penghasilan daya cipta ICT yang berinovasi dan kreatif.

 

Perkembangan ICT terus memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat yang berilmu.

 

Sebagai satu sektor ekonomi, ianya mampu untuk menjana peluang pekerjaan dan menggalakkan pertumbuhan pendapatan Negara serta merapatkan jurang perbezaan masyarakat.

 

Teknologi dan keupayaan ICT dalam memperkasa daya cipta manusia terus memberangsangkan …dan Keadaan ini dijangka akan berterusan dalam jangka masa yang panjang   terutama dengan adanya perkembangan terbaharu seperti, Internet of Things, Big Data, cloud computing, mobile computing dan sebagainya.

 

Perkembangan ini, satu demi satu, juga bakal membuka lebih luas prospek evolusi teknologi ICT dimasa akan datang.


               Kenyataan ini juga merupakan cabaran dan  menimbulkan suasana persaingan yang sengit terutama kepada negara-negara yang sedang membangun.

 

Untuk maju kita masih lebih suka memilih jalan singkat dengan mengambil idea-idea atau solutions yang didatangkan dari luar khususnya dari negara membangun, atas tanggapan bahawa solutions yang diberikan adalah lebih canggih, comprehensive dan sophisticated.

 

IT literacy diperingkat dewasa dinegara ini juga terus meningkat ke tahap yang sangat memuaskan, iaitu sebanyak 95 peratus.

Kedaya tahanan ekonomi banyak bergantung kepada daya cipta, lebih-lebih lagi jika daya cipta itu dapat menembusi pasaran luar negara sebagai mata pencarian.

 

Kreativiti dan Innovasi juga tidak akan lahir sendirinya dengan tiba-tiba, tanpa ada inspirasi, keupayaan, penyelidikan dan juga galakan oleh pihak-pihak tertentu.

 

 Justeru itu, Kementerian Perhubungan akan terus dipandu oleh faktor-faktor berkenaan dalam menjana daya saing dengan memberi penekanan kepada penanaman modal insan demi menggalakkan rakyat dan penduduk dinegara ini untuk terus menceburi bidang daya cipta, creativity dan innovasi dalam ICT.

 

Mengikut laporan dari International Telecommunication Union, Negara Brunei Darussalam berada di tangga 71 daripada 167 buah negara didalam ICT Development Index 2015. Walaubagaimanapun, mengikut Global Innovation Index 2014, yang dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organisation, Negara Brunei Darussalam masih berada di tangga 88 dari 143 negara.

 

Ini bermakna masih banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk bersaing dengan negara lain terutama dari aspek ICT readiness, access to internet, penggunaan dan kemahiran serta untuk terus memberi perhatian kepada aspek creativity dan innovasi.

 

Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu sokongan sepadu daripada semua pihak khususnya agensi-agensi Kerajaan, dan sektor swasta selaras dengan hasrat menjadikan Wawasan 2035 sebagai satu kenyataan.

 

Kementerian Perhubungan juga sedang meneliti dasar pemberian perlindungan hak cipta atau Intellectual Property Rights kepada hasil-hasil inovasi yang memiliki nilai komersial.

 

Strategi ini bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan dan penjanaan idea-idea baru serta memanfaatkan keupayaan modal insan untuk merangsang kreativiti dan reka-cipta melalui kolaborasi dengan penyedia-penyedia teknologi yang terkemuka.

 

Dengan demikian, insya Allah, BICTA akan berperanan sebagai satu institusi untuk mengasah potensi, merangsang inovasi dan mengiktiraf ciptaan aplikasi dan solutions ICT yang bercalak ke Bruneian untuk memacu kemajuan industri ICT tempatan bagi memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

 

Dengan adanya Creativity dan inovasi, sektor ICT mampu menjadi jentera penggerak pembangunan ke tahap ekonomi yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

 

Beribu ampun,

 

Alhamdulillah, BICTA sejauh ini terus menerima sambutan yang baik dengan jumlah penyertaan yang sangat menggalakkan dari para penuntut dan institusi pengajian tinggi. 

 

Begitu juga dari syarikat-syarikat ICT, terutama dikalangan start-ups, yang terus memberi commitment melalui penyertaan yang konsisten setiap tahun. 

Dengan berinspirasikan Generasi Digital Berwawasan, BICTA 2016 juga menawarkan anugerah khas bagi mengiktiraf peserta yang menyumbang dan menunjukkan potensi tinggi dalam beberapa bidang utama, iaitu Usahawan Harapan, ICT Hijau, Teknologi Baru dan Pemaju Muda.

 

Anugerah Khas ini bertujuan untuk menguji keupayaan mereka dalam memanfaatkan perkembangan teknologi terkini.

 

Atas hasrat ini, pemenang BICTA akan dipilih untuk mewakili Negara Brunei Darussalam untuk bersaing dan memperlihatkan daya cipta mereka diperingkat serantau khususnya di Asia Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards, atau APICTA 2016, yang akan diadakan di Taipei pada bulan Disember 2016.  

 

Alhamdulillah, disembahkan bahawa penyertaan Negara Brunei Darussalam didalam APICTA sejak 2008, telah mencapai tahap yang membanggakan dengan memenangi dua (2) winning awards dan tujuh belas (17) merit awards. Antara mereka telah berjaya menembusi pasaran serantau seperti MARS Enterprise, Crescent Sdn Bhd, PHMD Publishing Company, DotRoot Technologies dan SnapFeed Sdn Bhd.

 

Beribu Ampun,

 

               Sebelum hamba Duli Tuanku berundur diri, hamba Duli Tuanku sekali lagi dengan penuh hormat serta takzim menyembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Tuanku ke Majlis Anugerah BICTA 2016.

 

               Hamba Duli Tuanku juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Timbalan-Timbalan Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan dari Negara-negara sahabat, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib Canselor, Rektor dan Ra'es Institusi Pengajian Tinggi, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan, wakil dari sektor swasta serta sekalian yang hadir.

 

               BICTA 2016 juga tidak akan berjaya tanpa sumbangan kerjasama khususnya daripada pihak AITI, Info-com Federation of Brunei (IFB), panel hakim dan para penceramah bengkel dan semua Ahli Jawatankuasa Kerja.

 

Hamba Duli Tuanku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang Anugerah BICTA pada pagi ini dan selamat maju jaya ke pertandingan APICTA selanjutnya nanti.


               Sebelum hamba Duli Tuanku berundur diri, hamba Duli Tuanku menyembahkan menjunjung beribu-ribu ampun jika terdapat tutur kata dan suruk langkah yang kurang manis, serta sebarang kekurangan dalam menyusun aturcara keberangkatan Duli Tuanku pada pagi ini.

 

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu' alaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

 

Hamba Duli Tuanku menjunjung anugeraha.

Attachments
Created at 07/09/2016 10:01 by Dk Noorismawarni Binti Pg Hj Ismail
Last modified at 07/09/2016 10:03 by Dk Noorismawarni Binti Pg Hj Ismail