Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Teks Ucapan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Bicta 2017, Sempena Majlis Anugerah ICT Brunei (BICTA) 2017, Hari Rabu 13 September 2017M/21 Zulhijjah 1438H
TEKS UCAPAN  
 
AWANG HAJI AZHAR BIN HAJI AHMAD 
SETIAUSAHA TETAP 
KEMENTERIAN PERHUBUNGAN  

SELAKU    

PENGERUSI JAWATANKUASA PANDU BICTA 2017 
SEMPENA 
MAJLIS ANUGERAH ICT BRUNEI (BICTA) 2017  

PADA HARI RABU 
13 SEPTEMBER 2017M BERSAMAAN 21 ZULHIJJAH 1438H 10:35 PAGI 
DEWAN AMAR PAHLAWAN
       KEMENTERIAN PERHUBUNGAN         


Bismillahir Rahmanir Rahim  
Alhamdullilahi Rabbil `Alameen Wasaalatu Wassalaamu `Ala Asyrafil Ambiae Walmursaleen, Saidina Muhammadin Wa'alaa Aalihiee Wasahbihee Ajama'een     

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa Bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan  

Yang Mulia   

Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, 
Pengerusi InfoCom Federation Brunei (IFB),  
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu BICTA 2017,   
Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai Kanan,  
Wakil-wakil dan Penuntut-penuntut dari Institusi Pengajian Tinggi, Start-Up dan Industri ICT tempatan,  

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Selamat Pagi,   

1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana di atas limpah, rahmat dan izinNya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini di Majlis Anugerah ICT Brunei atau Brunei ICT Awards (BICTA) bagi tahun 2017.  

2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran para hadirin di majlis anugerah pada pagi ini. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan, di atas kesudian Yang Berhormat Dato untuk hadir sebagai Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan anugerah ICT pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Dato memberi makna yang besar kepada kita semua terutamanya kepada para peserta BICTA 2017.  

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,  

3. Tahun ini menandakan tahun ke empat belas (14) BICTA dianjurkan melalui kerjasama di antara Kementerian Perhubungan, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) dan InfoCom Federation Brunei (IFB). Anugerah BICTA telah menjadi platform utama untuk mengenalpasti dan mengiktirafkan pencapaian bakat-bakat ICT dari kalangan individu, penuntut dan pengusaha warga tempatan serta mengenalpasti inovasi ICT tempatan yang terbaik.  

4. Dengan bertemakan "Generasi Digital Berwawasan or Digital Generation With A Vision", BICTA 2017 menekankan kepentingan generasi berwawasan sebagai pencetus inovasi masa depan. Tema ini menggambarkan generasi berdaya tahan yang sentiasa peka dengan perkembangan teknologi terkini dan sentiasa berusaha untuk menghasilkan penyelesaian yang inovatif. Inovasi dalam ICT adalah tunjak kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran, seperti isu-isu yang berkaitan dengan tenaga, alam sekitar, kesihatan awam dan sebagainya. Generasi yang berfikiran kreatif serta memiliki jati diri yang luhur dan tahan lasak adalah penting dalam menangani cabaran-cabaran berkenaan terutama sekali di dalam memastikan pembangunan ICT bagi masyarakat.  

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,  

5. BICTA 2017 merupakan tahun di mana kita telah membuat penambahbaikan bagi memastikan BICTA tetap relevan dan setaraf dengan pertandingan Anugerah ICT Asia Pasifik atau APICTA dan Anugerah ASEAN ICT atau AICTA. Ini juga bertujuan untuk mempromosikan dan mendedahkan produk dan perkhidmatan tempatan di peringkat ASEAN dan Asia Pasifik.   

       
Pada tahun ini, pertandingan BICTA 2017 telah dibukakan kepada tiga (3) kategori iaitu;  

5.1. Kategori Penuntut-Penuntut Institut PengajianTinggi – yang dibukakan kepada kumpulan projek ICT yang terdiri dari penuntut-penuntut institut pengajian tinggi. Kategori ini memberikan peluang kepada penuntutpenuntut untuk menyediakan prototaip yang siap sedia untuk dipasarkan sama ada oleh penuntut itu sendiri atau bekerjasama dengan Startup; 

5.2. Kategori Start-up – yang dibukakan kepada perusahaan yang baru ditubuhkan dibawah tiga (3) tahun yang mempunyai produk yang dalam proses untuk dimasukkan ke pasaran atau yang baru masuk pasaran. Kategori ini diadakan bagi membezakan diantara syarikat yang sudah memasuki pasaran dengan yang baru atau akan memasuki pasaran.  

5.3 Kategori Industri ICT – yang dibukakan kepada kumpulan atau pengusaha ICT yang terdiri daripada warganegara Brunei, terutamanya Produk “Made-inBrunei” dan mempunyai nilai pasaran. Kategori ini memberi peluang kepada syarikat ICT tempatan untuk mempamerkan produk mereka yang sudah di pasaran dan telah dinaik tarafkan.  

Disamping itu, BICTA 2017 juga mengadakan AnugerahAnugerah Khas seperti berikut; 
i. Anugerah Khas Usahawan Harapan; 
ii. Anugerah Khas ICT Hijau; 
iii. Anugerah Khas Teknologi Baru; dan 
iv. Anugerah Khas yang baru diperkenalkan iaitu Anugerah Industri Kreatif.  

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,  

6. Pada kali ini, format Anugerah BICTA 2017 adalah berlainan sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya. Anugerah yang akan diraih oleh pemenang-pemenang sebentar lagi tidak akan diberikan sebagai hadiah berbentuk wang. Ianya akan diberikan dalam bentuk “grant” setelah hasil ciptaan mereka itu menampakkan perkembangan di persada industri ICT. Ini dibuat adalah untuk mengalakkan “sustainability” satu-satu ciptaan itu tidak akan berhenti setakat memenangi pertandingan Anugerah BICTA sahaja. 

7. Pada tahun ini, sebanyak tiga-puluh (30) penyertaan telah diterima bagi Anugerah BICTA yang terdiri daripada industri ICT tempatan, Start-Ups dan penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi. Para hakim yang dipilih juga terdiri daripada wakil-wakil dan pakar-pakar daripada Industri ICT, institusi pengajian tinggi serta agensi-agensi khusus yang berpengalaman dan pihak-pihak yang berkepentingan.

8. Adalah diharapkan pemenang-pemenang BICTA yang ikut serta itu nanti dapatlah mengambil peluang keemasan untuk memperluaskan produk “Made-in-Brunei” dan seterusnya menembusi pasaran di rantau Asia-Pasifik melalui programprogram yang berbentuk Rangkaian Perniagaan atau business networking atau program pertukaran teknologi.   

Yang Berhormat Dato, hadirin dan hadirat sekalian,  

9. Kementerian Perhubungan menitik berat perlindungan hak cipta atau intellectual property rights untuk hasil-hasil inovasi yang memiliki nilai komersial tempatan. Ini adalah penting bagi para peserta BICTA dan kepada individu dan pengusaha tempatan yang menjana idea-idea baru dengan kreativiti dan reka-cipta yang boleh bersaing di pasaran tempatan mahupun di luar negara. Kemajuan Industri ICT tempatan akan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menjadikannya lebih berdaya tahan.  

10. Saya tidak akan berpanjang lebar dengan ucapan saya ini. Saya yakin banyak peserta-peserta yang sudah menunggu nunggu akan keputusan pertandingan Anugerah BICTA 2017 ini. Maka untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas sokongan dan penyertaan pesertapeserta yang telah ikut serta dalam BICTA 2017. Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang. Semoga ianya akan menjadi penyuntik semangat untuk bergiat aktif lagi kearah memajukan bidang ICT di Negara ini.   

11. Kepada para peserta yang belum berjaya, saya harap supaya para peserta tidak akan berputus asa dan akan terus mencuba lagi di tahun-tahun akan datang. Saya yakin pengalaman menyertai BICTA ini akan membukakan lagi idea idea baru yang dapat membawa menghasilkan satu kejayaan satu hari nanti.  

12. Seterusnya, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli-Ahli Jawatankuasa Penganjur, para panel hakim dan semua yang terlibat dalam mengungkayahkan dan menjayakan majlis anugerah BICTA pada tahun ini.  

13. Saya juga ingin menyampaikan penghargaan tulus ikhlas kepada Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan kerana sudi menghadiri majlis pada pagi ini.  

Sekian. 

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Attachments
Created at 14/09/2017 09:34 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir
Last modified at 14/09/2017 09:37 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir