Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Ucapan Alu-aluan Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohamad Yusof, Menteri Perhubungan Di Sesi Muzakarah Kementerian Perhubungan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2018

 

 

Ucapan Alu-aluan

 

Yang Berhormat

Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia

Dato Paduka Haji Mohamad Yusof,

Menteri Perhubungan

 

Di Sesi Muzakarah

Kementerian Perhubungan

 

Bersama

 

Ahli-Ahli

Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2018

 

 

Hari Isnin, 18 Rabiulawal 1440 Bersamaan 26 November 2018

Di Dewan Al-Fath, Bangunan MPABD

 

  A ssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِينَ،

وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَمَنِ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ

إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

 

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

Yang Berhormat Haji Sabli bin Haji Arshad selaku Ketua Romobongan Ahl-ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Majlis Muzakarah diantara Kementerian Perhubungan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi tahun 2018

Yang Mulia Awg Hj Azhar bin Haji Ahmad, Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan;

Dr Haji Supry bin Haji Ladi, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan

Yang Mulia Pengarah-pengarah Bahagian, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Eksekutif – Ketua Eksekutif dan Pegawai – Pegawai Kanan Kementerian Perhubungan yang dihormati sekalian

1.    Alhamdulillah, syukur Kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana diatas limpah kurnia dan izinNya jua, kita dapat sama – sama hadir  di pagi ini ke majlis yang membawa kebajikan dan membawa ilmu kepada kedua belah pihak, bagi abis Peramba/kaola/saya di Kementerian Perhubungan dan jabata-jabatan dibawahnya, dan juga Insha Allah memberikan penjelasan, penerangan dan apa jua maklumat perkembangan terbaru dibawah bidang Kementerian Perhubungan untuk kegunaan abis Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang peramba / kaola /saya hormati sekalian.

 

2.    Pada pagi ini, Peramba /Kaola / saya mewakili seluruh warga Kementerian Perhubungan mengalu – alukan kehadiran Ahli – Ahli Yang Berhormat sekalian.  Memang kali ini bukan diadakan di bangunan Kementerian Perhubungan tetapi diadakan di satu tempat yang boleh dikatakan agak baharu.  Bangunan ini adalah bangunan MPABD, dan bilik ini yang peramba/kaola/saya ingin memberigakan dan mempromosikan. Inilah lecture theatre yang boleh digunakan, dan telah digunakan jua bagi sesi dialog dan muzakarah oleh pegawai-pegawai dalaman dan pihak berkepentingan yang berhubungkait.

 

TUJUAN MUZAKARAH:

3.    Alhamdulillah, pada tahun ini, Kementerian Perhubungan mengambil pendekatan yang baharu sebagai persediaan kepada sesi muzakarah ini.   Beberapa sesi lawatan ke jabatan-jabatan di bawah Kementerian Perhubungan, dan agensi-agensi dibawah Kementerian Perhubungan, dan juga peluang bagi Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke syarikat-syarikat swasta yang memberikan perkhidmatan perhubungan dan telekomunikasi.  Lawatan ini telah diaturkan sejak bulan Oktober 2018.  Sesi-sesi lawatan ini memberikan peluang hands on yang secara terperinci, bukannya secara sepintas lalu, malah secara detailed dan mendalam.

 

4.    Memang ada kebaikan dan kekurangannya kerana ini merupakan perkara baharu.  Ini memberikan peluang serta kesempatan kepada Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara untuk berinteraksi dengan pihak yang berkepentingan dalam sektor perhubungan dan pengangkutan, serta mendapatkan maklumat secara hands-on mengenai perkara-perkara yang mungkin didengar jua oleh Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

 

5.    Peramba/kaola /saya ingin berterima kasih kerana nampaknya ramai juga Ahli YB MMN yang hadir turun melawat.  Tetapi mengambilkira jua apa jua kekurangan, peramba / kaola saya memohon maaf dan mengambil baik apa jua feedback bagi diperbaiki lagi di masa akan datang.

 

6.    Pada sesi muzakarah pagi ini, satu format baharu juga peramba/kaola/saya cadangkan disini, ianya dibahagikan kepada dua bahagian.  Mula-mula adalah taklimat oleh Awg Hj Azhar bin Hj Ahmad mengenai strategi Kementerian Perhubungan serta overview dan perkembangan terkini dari segi dasar dan projek – projek di bawah Kementerian Perhubungan.  Selepas itu kita mulakan sesi dialog dimana Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara berpeluang memberikan pandangan dan mengusulkan apa jua pertanyaan dimana peramba kaola/saya akan menjadi audience, dan ahli-ahli YB menjadi panelis mengusulkan.  Apa jua buah fikiran baharu disini lah jua kita dengarkan dalam usaha kita bersama menuju kearah Wawasan 2035. 

 

7.    Memang 2035 bunyinya agak jauh, tetapi sebenarnya tidak jauh jika dilihat dalam tempoh setiap 5 tahun, kita sama-sama mengangkat secara Whole of Government, malahan jua Whole of Nation melibatkan semua pihak dan orang ramai.  Inilah yang kita katakan sebagai Whole of Nation.  Sektor perhubungan dan pengangkutan adalah sektor yang sangat relevan menuju kearah Wawasan tersebut melalui prasarana dan perkhidmatan baharu. 

 

8.    Kita akan ada jua perbincangan mengenai persediaan menuju 4th Industrial Revolution dan era digital ekonomi yang kita tuju.   Kita banyak mendengar mengenai persediaan kearah Smart Nation.  Untuk makluman, tahun 2017 adalah visi Kementerian Perhubungan untuk menuju kearah masyarakat Smart menjelang 2017, dan apa akan terjadi selepas 2017, Insha Allah akan dapat dikongsikan bersama, dimana Kementerian Perhubungan sedang mereview dan meneliti untuk menyediakan Pelan Strategik 2018 hingga 5 tahun kehadapan.  Insha Allah perkara ini akan melibatkan input dan feedback dari pelbagai pihak yang berkepentingan.

 

9.    Peramba/kaola/saya ingin mengongsikan 5 perkara:-

  1.  Pertama – Kementerian ini beberapa kali mengadakan beberapa sesi dialog tertutup, dimana Peramba/kaola/saya ada jua turun padang berdialog dengan peringkat akar umbi dan berdialog dengan syarikat-syarikat jua.  Apa yang diinginkan juga adalah iterative proses ini adalah sebagai satu wadah yang diharap akan dijalankan secara berterusan.  Perkara ini juga peramba kaola saya tekankan semasa MMN bagi sesi 2018 pada bulan Mac 2018. Diharap engagement process ini dapat mendatangkan hasil secara bersepadu dengan kefahaman yang bersepadu.  Baru-baru ani ada juga mengadakan dialog di Temburong, perkara ini peramba/kaola/saya suarakan, dan Insha Allah akan dibuat jua di daerah yang lain.  Apa yang penting adalah penyelarasan pemikiran ketani supaya ianya bersepadu.

     
  2.  Kedua - Kementerian Perhubungan memang juga pada dasarnya, mengikuti garispanduan amalan-amalan terbaik serantau dan antarabangsa. Dibawah Kementerian Perhubungan ini, ada beberapa organisasi antarabangsa seperti ITU, IMO, WMO, ICAO dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenai kepiawaian dan mana jua garispanduan sebagai input kepada peraturan bagi pelaksanaan Kementerian Perhubungan dan jabatan dibawahnya, dari segi safety standards, Quality of Services standards dan reliability standards antaralainnya.  Perkara ini memang diteliti jua.  Usaha-usaha bilateral dan multilateral juga diadakan dimana Kementerian Perhubungan membuat beberapa perundingan dan persefahaman (MOU) dengan negara-negara jiran, selari juga dengan perkembangan perhubungan.

     
  3.  Ketiga – penekanan dalam keselamatan dalam sektor pengangkutan dan perhubungan.  Perhubungan meliputi sektor telekomunikasi dan pos dan pengangkutan adalah sektor darat, laut dan udara.  Keselamatan adalah sangat penting dan prioriti utama serta adalah peranan Kementerian Perhubungan menyelaraskan dan memastikan keselamatan adalah terjaga bagi kepentingan orang ramai.

     
  4. Keempat - penjenamaan Kementerian Perhubungan dan agensi-agensi dibawahnya, antaralainnya dengan tujuan kearah persediaan 4th Industrial Revolution dan dalam persediaan ketani dalam era digital ekonomi, dimana peralihan minda adalah sangat penting.  Peralihan kepada teknologi baharu dan kaedah-kaedah baharu ini membawa satu cabaran.  Dalam konteks ini, reskilling adalah penting, dan dalam hal ini ianya berkait dengan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.  Ini bukannya perkara dibawah tanganan MinCom sahaja malahan juga Whole of Government dengan sokongan para industri bagi mencapai Whole of Nation approach

     

    Bagi rebranding ini, peramba/kaola /saya ada menyebut dimana sektor perkhidmatan pos sedang diteliti bagi penyediaan kearah satu modality pengkorporatan.  Memang dari segi Kementerian, Kementerian Perhubungan ini nampaknya semakin kecil tetapi dari segi sektor ianya semakin besar.  Pada hari ini kita berada di MPABD yang sebelumnya adalah Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Laut.   Sebelum ini kita juga melihat sektor telekomunikasi yang telah melalui proses pengkorpoatan dengan penubuhan satu badan kawalselia, iaitu AITI dan pengkorporatan menjadi TelBru sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi. 

     

    Perkara ini menjadi strategic priorities untuk mengenalpasti apa jua bidang yang mempunyai value untuk dikorporatkan dan sebagainya.  Beberapa perkhidmatan dibawah pengangkutan darat sudah di komersialkan, iaitu vehicle inspection services dimana syarikat swasta berpeluang memberikan perkhidmatan ini.  Ianya diharap memudahkan orang ramai dan dipantau perkhidmatannya.  Ini berkait dengan perkara Kelima iaitu memudahcara bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai.

     

10. Peramba/kaola/saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, dan sangat menunggu peluang ini, apatah lagi mendengar feedback bahawa Ahli YB telah membuat lawatan.  Apa jua kekurangan dalah dipohonkan maaf dna apa jua feedback, diterima dengan terbuka  Apa jua cadangan baik boleh difikirkan bagi kebaikan bersama.

 

Sekian.

Wabillahitaufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

*********

 

 


Attachments
Created at 28/11/2018 15:50 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir
Last modified at 28/11/2018 15:50 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir