Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Rabu, 15 Januari 2020 - Sidang Media Brunei ICT Awards (BICTA) 2020

SIDANG MEDIA BRUNEI ICT AWARDS (BICTA) 2020 

 

Teks Ucapan Alu-Aluan 

Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Selaku Pengerusi Bersama Pertama Jawatankuasa Pandu BICTA 


Rabu, 15hb Januari 2020, 2.00 petang 

Main Auditorium, Bangunan Design and Technology, Anggerek Desa 



Bismillahir Rahmanir Rahim 

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen Wassalatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Ambiya e Wal Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’ala Aalihiee Wasahbihee Ajmaeen 
 

Yang Mulia 
Awang Sheikh Haji Abas bin Sheikh Mohamad Pengerusi 
InfoCom Federation Brunei (IFB) 
Selaku Pengerusi Bersama Kedua Jawatankuasa Pandu BICTA 

 

Yang Mulia 
Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim 
Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat) Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 
Selaku Ketua Bersama Pertama Kumpulan Tindakan Strategi BICTA 

 

Yang Mulia 
Awang Javed Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Enterprise (DARe)  
Selaku Ketua Bersama Kedua Kumpulan Tindakan Strategi BICTA 

 

Yang Mulia 
Awang Haji Jailani bin Haji Buntar Pemangku Ketua Eksekutif 
Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) 
Selaku Ketua Bersama Kedua Kumpulan Tindakan Pemberigaan/Promosi BICTA 

 

Yang Mulia 
Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff Presiden, SUHBE Company 
Selaku Ketua Hakim BICTA 

 

Yang Mulia 
Rakan-rakan Media, Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 

 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

 

1. Pertama  sekali,  saya  ingin  mengucapkan  selamat  datang  ke  Sesi  Sidang  Media Anugerah  ICT  Brunei  (Brunei  Information  Communication  Technology  Awards  -  BICTA) 
2020. Saya berterima kasih di atas kehadiran para media serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya berharap dan meminta kerjasama pihak Pengiran, Tuan dan Puan semua supaya akan dapat mengongsikan maklumat mengenai acara BICTA 2020 kepada orang ramai, termasuk para akademik, wakil-wakil industri ICT dan agensi-agensi yang berkaitan.  
 

2. Hadirin dan hadirat sekalian, saya dengan sukacita mengumumkan bahawa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), dengan kerjasama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan InfoCom Federation Brunei (IFB), akan menganjurkan Brunei Information Communication Technology Awards (BICTA) pada tahun ini. 
  
3. Acara ini merupakan usaha yang berterusan untuk merangsang inovasi teknologi dan kreativiti di kalangan individu, pelajar dan organisasi awam dan swasta, termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs) dan startups. BICTA berperanan sebagai tanda aras (benchmark) bagi perkembangan produk ICT dengan mengetengahkan wadah atau platform bagi persaingan dan pengiktirafan dalam innovasi dan kreativiti ICT di Negara ini. 
 
4. Anugerah BICTA 2020 akan membawakan tema ‘Smart Nation Through Digital Transformation’. Tema ini antaralainnya, memfokuskan kepada pentingnya memanfaatkan teknologi digital bagi perkembangan sosio-ekonomi dan memperkayakan masyarakat dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi menyertai ekonomi digital secara efektif. Oleh yang demikian, BICTA adalah inisiatif yang akan dapat memupuk inovasi dan keusahawanan.   Ini adalah sebagai usaha bersama kita dalam melaksanakan inisiatif transformasi digital bagi membawa Negara Brunei Darussalam kearah sebuah Smart Nation dan mendokong visi Negara Brunei Darussalam, iaitu, Wawasan 2035.  
 
5. Anugerah BICTA 2020 akan mempertandingkan tiga (3) kategori utama, iaitu;-  
     i. Pertama, Kategori Industri ICT; 
    ii. Kedua, Kategori Tertiary; dan  
   iii. Ketiga, Kategori Sekolah.  

6. Selain itu, Anugerah BICTA 2020 juga akan memberikan lima (5) Anugerah Istimewa bagi penyertaan yang memfokuskan kepada lima (5) perkembangan terkini, iaitu:-  

     i. Pertama, Research and Development Project; 
    ii. Kedua, Big Data Analytics Technology; 
   iii. Ketiga, Artificial Intelligence (AI) Technology;  
    iv. Keempat, Internet of Things (IoT); dan 
     v. Kelima, Startups.   

7. Oleh  yang  demikian,  saya  menggalakkan  para  individu,  pelajar  dan  wakil-wakil daripada industri ICT untuk menyertai Anugerah BICTA 2020.  Melalui BICTA, produk dan  
solutions yang inovatif boleh dihasilkan, yang bukan sahaja  memenuhi keperluan tempatan, tetapi juga responsif dan sejajar dengan trend dan perkembangan teknologi pada masa ini. 

8. Saya  juga  sukacita  mengongsikan  bahawa  tahun  2020  merupakan  tahun  yang istimewa untuk BICTA di mana akan mengadakan Penganugerahan Penaung Diraja BICTA (BICTA  Royal  Patron  Award).    Anugerah  Penaung  Diraja  BICTA  akan  diberikan  kepada peserta terbaik di kalangan pemenang dari semua kategori yang dipertandingkan.  
 
9. Sepertimana yang dimaklumi, Penaung Diraja BICTA ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli  Yang  Maha  Mulia  Paduka  Seri  Baginda  Sultan  Haji  Hassanal  Bolkiah  Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 
 

10. Sebagai usaha untuk memberigakan BICTA 2020, Jawatankuasa Pandu BICTA serta Jawatankuasa Kerja BICTA akan menganjurkan beberapa jerayawara bermula pada hari ini sehingga bulan Julai 2020. Di samping itu, BICTA Plus Bootcamp akan diadakan dalam masa terdekat ini khusus untuk membantu peserta-peserta BICTA memperkukuhkan pelan perniagaan mereka, memantapkan lagi pembentukan market ready product serta mempersiapkan mereka untuk pertandingan BICTA. Ini akan dilaksanakan selama enam (6) bulan dibawah bimbingan dan mentorship dari pelatih-pelatih pakar.  
 

11. Penyertaan bagi BICTA 2020 kini dibukakan dan saya menggalakkan peserta-peserta yang berminat untuk menghantar proposals mereka sebelum 31hb Ogos 2020. Penilaian akan dijalankan oleh para hakim pada  bulan September 2020.  
 
12. Pemenang-pemenang BICTA Insha Allah akan diumumkan semasa Majlis Anugerah BICTA 2020 yang akan diadakan pada bulan September 2020.   Para pemenang BICTA, khususnya pemenang tempat pertama, akan berpeluang untuk mewakili Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Asia-Pacific ICT Alliance Awards (APICTA) yang dijadualkan untuk  di  adakan  pada  bulan  November  2020  di  Pulau  Pinang,  Malaysia,  dan  bersaing bersama rakan-rakan lain dari rantau Asia-Pasifik. 
  
13. Seterusnya, saya sukacita mengongsikan bahawa MTIC, AITI dan IFB sedang meningkatkan tumpuan kepada daya tahan dan perjalanan peserta-peserta setelah BICTA. Oleh yang demikian, adalah menjadi aspirasi bahawa BICTA terus memainkan peranannya sebagai platform untuk inovasi, kreativiti, dan menjalin hubungan strategik dan perniagaan yang berdaya tahan. Aspirasi ini juga turut dikongsikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang lain seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Darussalam Enterprise (DARe).  
 
14. Terakhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta-peserta BICTA. Saya berharap supaya proposals yang akan dihadapkan itu nanti akan dapat direalisasikan menjadi produk-produk dan solutions yang akan dapat dikomersialkan dalam jangka masa panjang.  
 
15. Tanpa berlengah lagi, saya ingin menjemput Yang Mulia Awang Sheikh Haji Abas bin Sheikh Mohamad, Pengerusi, InfoCom Federation Brunei (IFB) selaku Pengerusi Bersama Kedua, Jawatankuasa Pandu BICTA, untuk menambah jika ada, di ikuti dengan pembentangan oleh Urusetia BICTA dan seterusnya menjunjung Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff, selaku Ketua Hakim, BICTA 2020 untuk mengongsikan maklumat dan ‘highlights’ mengenai penghakiman BICTA.  
 

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 



Attachments
Created at 16/01/2020 08:25 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir
Last modified at 16/01/2020 08:25 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir