Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Speeches

Manage PermissionsManage Permissions
Khamis, 27 Ogos 2020 - Teks Ucapan sempena Majlis Pelancaran Projek Rintis Bagi Menggantikan Alat Amaran Laju ("Speed Warning Device, SWD")

Teks Ucapan

 

Yang Berhormat

Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib

bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka

Haji Mohammad Yusof, 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi

 

Bagi

 

Majlis Pelancaran Projek Rintis Bagi Menggantikan

Alat Amaran Laju ("Speed Warning Device, SWD")

 

 

Pada:

Hari Khamis, 8 Muharram 1442 / 27 Ogos 2020

Jam 8.30 pagi

 

Bertempat:

Dewan Amar Pahlawan,

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

 

 

 

 

Yang Mulia Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon,

Pengarah Pengangkutan Darat selaku Pengerusi Majlis,

 

Yang Berhormat Awang Iswandy bin Haji Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) dan selaku Ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR),

 

Yang Mulia Setiausaha- Setiausaha Tetap, Timbalan – Timbalan Setiausaha Tetap

 

Yang Mulia Ahli-Ahli Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR),

 

Yang Dimuliakan Pehin dan Yang Mulia Pengarah Urusan dan Wakil-Wakil Syarikat

 

Para Pegawai Kanan serta jemputan khas, 

 

Hadirin dan hadirat, 

 

Rakan-rakan media yang dihormati sekalian. 

 

 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Selamat pagi.

 

1.       Alhamdullilah, kita telah mendengar sedikit sebanyak daripada Pengarah JPD mengenai Projek Rintis Bagi Menggantikan Alat Amaran Laju (Speed Warning Device, SWD).  

 

 2.      Projek rintis ini, saya rasa adalah sangat bertetapan masanya (timely) dan bertetapan jua dengan halatuju Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dalam menggalakkan penggunaan aplikasi teknologi bagi meningkatkan keselamatan di sektor pengangkutan khususnya.  Dalam hal ini, saya ingin menyampaikan 4 perkara yang saya kira sangat relevan kepada inisiatif kita pada pagi ini, iaitu:

i) mengenai Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 (Digital Economy Masterplan 2025);

ii) mengenai Pelan Strategik MTIC 2025;

iii) mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan usaha-usaha dalam memantapkannya; dan

iv) mengenai kesan dan impak projek rintis dari konteks keselamatan jalan raya dan perkembangan digital.

 

3. Pertama, izinkan saya mengongsikan petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-74 Tahun pada tahun ini, yang antara intipatinya adalah:

 

 

Baginda berpendapat teknologi digital memang berpotensi tinggi untuk mendorong kemajuan ekonomi negara…. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, kita memang memerlukan perkhidmatan digital yang merangkumi pembelajaran, perniagaan dan urustadbir yang mampu menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai Smart City…

 

4. Melalui Titah berkenaan juga, Baginda juga telah mengurniakan perkenan bagi Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 (Digital Economy Masterplan 2025), Negara Brunei Darussalam dibawah penyelenggaraan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dimana Digital Economy Masterplan 2025 ini dipantau di bawah Majlis Ekonomi Digital, antaralainnya telah mengenalpasti "enablers" utama yang akan mendokong perancangan digital sektor awam dan perniagaan kearah sebuah "smart nation".  Ini juga adalah merangkumi penyediaan rangkakerja dasar, pengawalseliaan, serta penyelidikan dan perkembangan dalam teknologi digital.

 

5. Di bawah Digital Economy Masterplan 2025 inshaAllah terdapat beberapa projek utama yang akan difokuskan, antaralainnya adalah:

i) National Information Hub sebagai platform perkongsian maklumat dengan lebih mudah;

ii) Digital ID sebagai satu platform yang membolehkan orang ramai mengakses perkhidmatan Kerajaan pada bila-bila masa; dan

iii) Digital Payment Hub yang akan meningkatkan peluang bagi perniagaan untuk menerima bayaran secara digital dan memudahkan orang ramai membuat pembayaran melalui smart devices.

 

6.  Perkara kedua yang ingin saya sampaikan, bagi mencapai aspirasi negara ke arah Smart Nation, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) khususnya adalah dipandu oleh Pelan Strategik MTIC, iaitu MTIC 2025 yang baru dilancarkan pada awal tahun ini jua.  Dokumen ini adalah bagi mendukong aspirasi tersebut serta mengambilkira peranan MTIC yang semakin meluas bagi sektor pengangkutan dan infokomunikasi. Dengan visi Connected Smart Nation, di bawah MTIC 2025 terdapat enam (6) Objektif Strategik utama yang mana empat (4) daripadanya adalah relevan kepada inisiatif pagi ini iaitu:-

i)    Objektif Strategik 1 - Transformasi Digital;

ii) Objektif Strategik 2 - Kedayatahanan dalam sektor pengangkutan dan infokomunikasi;

iii) Objektif Strategik 3 - Piawaian Keselamatan dalam Sektor Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan

iv) Objektif Strategik 4 - Rangkakerja Dasar dan Perundangan yang kondusif kepada Pelaburan dan Perniagaan.

 

7. Walaubagaimanapun, dalam perlaksanaan inisiatif-inisiatif strategik ini, MTIC sangat menyedari bahawa usaha ini memanglah tidak dapat dilaksanakan secara "silo" ataupun secara bersendirian.  Oleh itu, Projek Rintis yang kita lancarkan pada pagi ini adalah satu-satunya inisiatif kolaborasi berbagai pihak berkepentingan iaitu secara whole of nation seperti Kementerian-Kementerian/agensi Kerajaan yang berkenaan, institusi-institusi pendidikan tinggi, pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan dan khususnya pihak syarikat-syarikat swasta.

 

8. Perkara ketiga adalah mengenai dengan isu keselamatan jalan raya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menekankan lagi betapa pentingnya menjaga keselamatan jalanraya dan seterusnya untuk memberikan sedikit gambaran melalui beberapa data statistik yang berkenaan dengan perkara ini.  Saya juga ingin melengkapkan lagi beberapa nasihat saranan yang pernah saya sampaikan semasa Sidang Media bagi status terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada 13hb Ogos 2020 yang lepas.

 

9. Sama-sama kita renung statistik seperti berikut:

 

  1. MASIH ADA LAGI kes-kes kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dari 15 kes pada tahun 2019 kepada 24 kes bagi tahun 2020 (dan dapatan ini adalah sehingga bulan Julai 2020 sahaja);
  2. MASIH ADA LAGI kes-kes kesalahan pemandu dan penumpang hadapan kenderaan yang TIDAK memakai tali pinggang keledar iaitu dari 11 kes pada tahun 2019 kepada 14 kes bagi tahun 2020 (iaitu setakat Julai 2020 sahaja); dan
  3. Menyebut tentang kes kemalangan yang menyebabkan fatality dan melibatkan mangsa yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar dari bulan Januari ke Jun 2020 adalah 6 daripada kesemua 6 mangsa fatal yang terlibat.

     

    10. Di sinilah saya ingin tekankan sekali lagi PENTINGNYA KITA SEMUA untuk sama-sama mengamalkan TANGGUNGJAWAB SOSIAL dalam menjaga Keselamatan DIRI KITA sendiri, Keluarga KITA yang disayangi, dan juga keselamatan orang awam atau pengguna semasa berada di Jalan Raya apatah lagi menjaga harta benda Kerajaan di jalan raya.

     

    11. Dalam hal yang berhubungkait dengan keselamatan kenderaan di jalan raya, kita juga sering mendengar dan mendapati semakin banyak kejadian kenderaan terbakar yang berlaku. Ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan! Saya telah difahamkan bagi tahun ini sahaja, sehingga Ogos 2020, sebanyak 54 insiden kenderaan terbakar telah dilaporkan.

     

    12.  Dalam hal ini, saya juga telah difahamkan bahawa menurut siasatan kajian awal oleh agensi-agensi yang berkenaan keatas kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan kebakaran pada tahun 2019 hingga Jun 2020, antara punca utama kebakaran kenderaan adalah disebabkan oleh masalah elektrikal dan mekanikal.

     

     

    13. Dalam usaha Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) menangani isu ini, satu kajian telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih terperinci mengenai insiden-insiden tersebut. Kajian ini adalah merangkumi 54 insiden kenderaan terbakar yang telah dilaporkan bagi tahun ini. Antara hasil dari kajian ini adalah harapan saya supaya beberapa penambahbaikan dasar-dasar dan peraturan bagi membendung penularan kejadian kenderaan terbakar akan diusahakan dengan sebaik baiknya.

     

14.  Akhir sekali, ini membawa saya untuk mengongsikan Perkara ke EMPAT iaitu mengenai kesan dan Impak projek rintis dari konteks keselamatan jalan raya dan perkembangan digital.  Alhamdulillah, projek rintis yang akan dilancarkan pada pagi ini antaralainnya adalah mempamerkan dan menunjukkan kepada orang ramai teknologi-teknologi baharu yang digunakan untuk sektor pengangkutan.  Dalam konteks ini, teknologi masakini bukan sahaja dapat meliputi pemantauan kelajuan kenderaan bahkan juga dapat memantau 'behaviour' pemandu dalam usaha meningkatkan lagi sistem keselamatan jalan raya secara keseluruhan.

 

15.  Adalah menjadi harapan saya supaya hasil daripada projek rintis ini bukan sahaja akan membuktikan kesesuaian transformasi digital melalui penggunaan teknologi GPS yang telah disebut oleh Pengarah JPD tadi, tetapi juga akan turut menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya, khusus bagi kenderaan berat, kenderaan-kenderaan perkhidmatan barangan dan kenderaan-kenderaan perkhidmatan awam.

 

16. Selaras dengan projek rintis ini, apa yang penting juga adalah usaha dalam pengemaskinian dasar dan penggubalan semula undang-undang berkaitan dengan Peraturan Lalulintas Jalanraya, khususnya peraturan yang berhubungkait dengan Alat Amaran Had Laju bagi kenderaan-kenderaan berat di jalanraya. Dengan penggubalan undang-undang dan juga penguatkuasaan melalui teknologi GPS ini nanti, adalah kita hasratkan supaya sektor pengangkutan khususnya pengangkutan darat akan lebih mantap, berdayatahan dan selamat.

 

17. InshaaAllah, dalam usaha melaksanakan pembaharuan dasar dan transformasi digital bagi memantapkan sektor pengangkutan darat, sama-samalah kita berdoa semoga dengan pencapaian ini, ianya juga turut menjurus kepada pencapaian matlamat Kualiti Kehidupan yang tinggi yang diaspirasikan didalam Wawasan Brunei 2035.

 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

 

 

18. Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jabatan Pengangkutan Darat beserta pihak-pihak dan syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam Projek Rintis Bagi Menggantikan Speed Warning Device (SWD) dan semoga kita akan beroleh kejayaan baginya jua, InshaaAllah. 

 

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh.  

 

Teks Pelancaran

 

Dengan kalimah Bismillahirrahmaan Nirraheem, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, saya dengan sukacitanya melancarkan Projek Rintis Bagi Menggantikan Speed Warning Device (SWD) pada hari ini Khamis 8 Muharram 1442 bersamaan 27 Ogos 2020.


Attachments
Created at 27/08/2020 16:21 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir
Last modified at 27/08/2020 16:21 by Dk Dewi Najayati Pengiran Hj Shahrir