Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMinister's Curriculum Vitae



YANG BERHORMAT

DATO SERI SETIA AWANG ABDUL MUTALIB BIN PEHIN ORANG KAYA SERI SETIA DATO PADUKA HAJI MOHAMMAD YUSOF

MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI / MINISTER OF TRANSPORT AND INFOCOMMUNICATIONS


Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib telah dikurniakan lantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi Menteri Perhubungan pada 30 Januari 2018. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah memperkenankan bagi pelantikan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi sebagai 'Minister-in-charge of Cybersecurity' pada 17 Oktober 2018.

Sebelum perlantikan tersebut, Yang Berhormat Dato pernah menjawat beberapa jawatan, antaralainnya, adalah sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bermula Ogos 2016 hingga Januari 2018; Setiausaha Tetap, Media dan Kabinet di Jabatan Perdana Menteri bermula November 2015 hingga Ogos 2016; Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan bermula April 2013 hingga November 2015;  Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perhubungan masing-masing bermula 2008 hingga 2013.  Yang Berhormat Dato juga pernah memegang jawatan-jawatan eksekutif dalam sektor korporat dari 2003 hingga 2007.

Yang Berhormat Dato memegang ijazah Master of International Business (Economics & Commerce) dari University of Melbourne di Australia; BA (Honours) in Management Studies dari Universiti Brunei Darussalam dan beliau juga adalah Ahli kepada Australian Institute of Management (AIMM, Aus.).  Selain itu, Yang Berhormat Dato juga telah menghadiri kursus-kursus pendek fellowship seperti 'Leaders in Governance Program' di Civil Service College, Singapura; Program Eksekutif mengenai 'Economic Growth' di Harvard Kennedy School of Government, U.S.A dan '21st Century Partnership Invitation Leadership Program' di Jepun.

Sepanjang kerjayanya, Yang Berhormat Dato telah dikurniakan Bintang Kebesaran 'Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Pertama' (P.S.N.B) yang membawa gelaran 'Dato Seri Setia' pada tahun 2018, 'Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga' (SMB) pada tahun 2011 dan 'Pingat Indah Kerja Baik' (PIKB) pada tahun 2007.

Yang Berhormat Dato mendirikan rumahtangga dengan Datin Dayang Noor Ashikin binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir dan dikurniakan tujuh orang anak.  Yang Berhormat Dato gemar membaca, berbasikal, bermain bola sepak, berjalan pantas dan meluangkan masa bersama keluarga.


-------------------------------------------------------


Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib was appointed by His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam as the Minister of Communications on 30 January 2018. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has also consented for the appointment of the Minister of Transport and Infocommunications as the Minister-in-charge of Cybersecurity on 17 October 2018.

Prior to his appointment, Yang Berhormat Dato held several positions including amongst others, as Permanent Secretary, Ministry of Home Affairs from August 2016 to January 2018; Permanent Secretary, Media and Cabinet at the Prime Minister’s Office from November 2015 to August 2016; Permanent Secretary, Ministry of Communications from April 2013 to November 2015; Deputy Permanent Secretary at the Prime Minister’s Office and Ministry of Communications, respectively from 2008 to 2013.  Yang Berhormat Dato has also held executive positions in the corporate sector from 2003 to 2007.


Yang Berhormat Dato holds a Master of International Business (Economics & Commerce) from the University of Melbourne, Australia; BA (Honours) in Management Studies from Universiti Brunei Darussalam and as member of the Australian Institute of Management (AIMM, Aus.). Yang Berhormat Dato had also attended short courses under fellowship amongst others such as a ‘Leaders in Governance Program’ at the Civil Service College, Singapore; an Executive Program on ‘Economic Growth’ at the Harvard Kennedy School of Government, U.S.A; and the ‘21st Century Partnership Invitation Leadership Program’ in Japan.

Throughout his career, Yang Berhormat Dato received the meritorious awards The Most Blessed Order of Setia Negara Brunei 1st Class (P.S.N.B) which carries the title ‘Dato Seri Setia' in 2018, The Most Honourable Order of Seri Paduka Mahkota Brunei 3rd Class (SMB) in 2011 and ‘Pingat Indah Kerja Baik’ (PIKB) in 2007.

Yang Berhormat Dato is married to Datin Dayang Noor Ashikin binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir, and are blessed with seven children.  Yang Berhormat Dato enjoys reading, cycling, football, brisk walking and family outings.