Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Press Release

Manage PermissionsManage Permissions
AKTIVITI SOSIAL KORPORAT (CSR) JABATAN PENERBANGAN AWAM DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Jabatan Penerbangan Awam melalui tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah melaksanakan beberapa program sosial berupa sumbangan derma kepada kakitangan Jabatan Penerbangan Awam yang kurang berkemampuan dan program bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam.

Pada tahun ini seramai lapan orang kakitangan Jabatan Penerbangan Awam yang kurang bernasib baik telah menerima sumbangan dari warga Jabatan Penerbangan Awam. Derma ini adalah bagi meringankan beban warga Jabatan Penerbangan Awam yang kurang bernasib baik bagi membantu mereka dalam membuat persediaan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Dalam usaha mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan dan berkebajikan, Jabatan Penerbangan Awam juga telah melaksanakan pembersihan kawasan tanah perkuburan orang-orang Islam di Tanah Perkuburan Orang islam Dato Umpong Kampong Madang, Mukim Berakas B, Simpang 2 Jalan 34. Aktiviti berkenaan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerbangan Awam.

Aktiviti-aktiviti serupa ini adalah bagi menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat dalam memeduli, menunjukkan keprihatinan selain memberikan sumbangan khidmat bakti kepada warga kerja jabatan yang memerlukan selain memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam hal ehwal kemesyarakatan selain meningkatkan imej jabatan dalam kerja-kerja social terutamanya dalam mewujudkan budaya yang prihatin.

Attachments
Created at 5/30/2019 1:51 PM by Aimi Bin Tuah
Last modified at 5/30/2019 1:56 PM by Aimi Bin Tuah