Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
KENYATAAN TAWARAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tawaran adalah dipelawa kepada orang ramai bagi menghadapkan TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN SATU DAN DUA ANGKA BAGI SIRI BAR DAN BAS bagi nombor-nombor berikut:-

  1. BAR 1 – BAR 99 [Senarai Dilampirkan]
  2. BAS 1 – BAS 99 [Senarai Dilampirkan]

Tawaran diterima bermula daripada Hari Isnin, 16hb Januari 2017 dan tarikh tutup pada Hari Selasa, 14hb Februari 2017, jam 11.00 pagi.

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT TAWARAN:

1.Tawaran hendaklah dibuat dalam borang A1 yang boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong dan Jabatan Pengangkutan Darat, Cawangan Daerah Belai, semasa waktu pejabat.

2. Orang ramai adalah diperingatkan untuk mengisikan butir-butir yang tertera di dalam borang ini dengan maklumat yang betul dan diperakui sah.

3.Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup dengan menyertakan bersama salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu pemohon serta resit bayaran perkhidmatan sebanyak $25.00 bagi setiap bilangan pendaftaran.

4.Sampul surat hendaklah ditandakan dengan perkataan 'TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN' di bahagian atas kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Bilangan Pendaftaran yang terletak di Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong atau Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait sebelum tarikh tutup Tawaran.

 5.      Jabatan Pengangkutan Darat berhak untuk tidak menerima dan membatalkan mana-mana borang yang tidak lengkap dan lewat diterima.  Bayaran perkhidmatan sebanyak $25.00 tidak akan dikembalikan sama ada tawaran berjaya ataupun sebaliknya.

6.      Harga minima tawaran bagi satu dan dua angka hendaklah tidak kurang daripada $2,000.00.

 7.      Penender yang berjaya hendaklah melunaskan keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan bilangan pendaftaran yang ditawarkan di atas nama Penender sendiri dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat pemberitahuan kebenaran Jabatan ini dikeluarkan.

8.      Permohonan untuk melanjutkan tempoh bagi mendaftarkan bilangan pendaftaran yang ditawarkan hendaklah dihadapkan ke Jabatan ini sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tempoh enam (6) bulan kebenaran awal di atas berakhir.  Bayaran sebanyak 10% daripada harga asal tawaran akan dikenakan.  Jabatan ini hanya akan memberikan sekali sahaja tempoh lanjutan selama tiga (3) bulan.  Walaubagaimanapun, keseluruhan harga tawaran masih perlu dilunaskan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan kebenaran asal berakhir, sebelum tempoh lanjutan boleh dipertimbangkan.

 9.      Jika penender yang berjaya gagal melunaskan pembayaran atau / dan mendaftarkan bilangan pendaftaran yang telah ditawarkan mengikut syarat-syarat dan tempoh yang telah ditetapkan seperti di para 7 dan 8 di atas, maka Jabatan ini berhak untuk menarik balik bilangan pendaftaran berkenaan dan akan ditawarkan semula kepada orang ramai.  Sebarang wang pembayaran yang telah dilunaskan TIDAK akan dikembalikan.

10.   Sebarang permohonan untuk menyerahkan / menukar milik bilangan pendaftaran yang belum didaftarkan hendaklah dihadapkan ke Jabatan in sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh mansuh kebenaran Jabatan ini.

 11.   Syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas adalah berpandukan kepada Road Traffic (Identification Marks) Regulations, 2008.

Bagi sebarang pertanyaan dan urusan lanjut, orang ramai bolehlah berurusan terus dengan Kaunter No.15, di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong atau Kaunter No.5, di Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait atau menghubungi Pegawai Melesen Kanan, Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan di Jabatan ini di talian 2452302 pada waktu pejabat atau email kepada info_ltd@land-transport.gov.bn

Rujukan:              JPD/S/5.7/22-36 dan JPD/S/5.7/22-37

Tarikh:                 14 Rabiulakhir 1438 bersamaan 12 Januari 2017

TAWARAN TERTUTUP (CLOSED TENDER) BAGI BILANGAN PENDAFTARAN

SATU DAN DUA ANGKA BAR

BAR 3BAR 26BAR 48BAR 68BAR 89
BAR 4BAR 27BAR 49BAR 69BAR 90
BAR 5BAR 30BAR 50BAR 70BAR 91
BAR 6BAR 31BAR 51BAR 71BAR 92
BAR 9BAR 32BAR 52BAR 72BAR 93
BAR 10BAR 33BAR 53BAR 73BAR 94
BAR 11BAR 34BAR 54BAR 74BAR 95
BAR 12BAR 35BAR 55BAR 75BAR 96
BAR 13BAR 36BAR 56BAR 76BAR 97
BAR 14BAR 37BAR 57BAR 77BAR 98
BAR 16BAR 38BAR 58BAR 78BAR 99
BAR 17BAR 39BAR 59BAR 79 
BAR 18BAR 40BAR 60BAR 80 
BAR 19BAR 41BAR 61BAR 81 
BAR 20BAR 42BAR 62BAR 82 
BAR 21BAR 43BAR 63BAR 83 
BAR 22BAR 44BAR 64BAR 84 
BAR 23BAR 45BAR 65BAR 86 
BAR 24BAR 46BAR 66BAR 87 
BAR 25BAR 47BAR 67BAR 88 

 

 

TAWARAN TERTUTUP (CLOSED TENDER) BAGI BILANGAN PENDAFTARAN

SATU DAN DUA ANGKA BAS

BAS 3BAS 27BAS 49BAS 69BAS 89
BAS 4BAS 30BAS 50BAS 70BAS 90
BAS 5BAS 31BAS 51BAS 71BAS 91
BAS 6BAS 32BAS 52BAS 72BAS 92
BAS 9BAS 33BAS 53BAS 73BAS 93
BAS 10BAS 34BAS 54BAS 74BAS 94
BAS 11BAS 35BAS 55BAS 75BAS 95
BAS 12BAS 36BAS 56BAS 76BAS 96
BAS 13BAS 37BAS 57BAS 77BAS 97
BAS 14BAS 38BAS 58BAS 78BAS 98
BAS 16BAS 39BAS 59BAS 79BAS 99
BAS 17BAS 40BAS 60BAS 80 
BAS 18BAS 41BAS 61BAS 81 
BAS 19BAS 42BAS 62BAS 82 
BAS 20BAS 43BAS 63BAS 83 
BAS 21BAS 44BAS 64BAS 84 
BAS 22BAS 45BAS 65BAS 85 
BAS 23BAS 46BAS 66BAS 86 
BAS 24BAS 47BAS 67BAS 87 
BAS 25BAS 48BAS 68BAS 88 
Attachments
Created at 1/17/2017 1:20 PM by Hj Rosham Bin Hj Timbang
Last modified at 1/17/2017 1:20 PM by Hj Rosham Bin Hj Timbang