Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGELUARAN KAD LESEN MEMANDU TANPA MIKROCIP

Bandar Seri Begawan, Isnin, 01 Rabiulakhir 1440H bersamaandengan 10 Disember 2018M- Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Perhubungan dengan ini memaklumkan kepada orang ramai khusus nya kepada pemohon-pemohon baru dan yang ingin membaharui Lesen Memandu mereka bahawa cawangan-cawangan JPD dan Cawangan Perkhidmatan Pos yang berkenaan telah menghadapi sedikit gangguan teknikal keatas sistem bagi mencetak kad Lesen Memandu tanpa Mikrocip yang dijadualkan bermula pada hari ini 10 Disember 2018.

Dalamhubungan ini, Cawangan-cawangan Perkhidmatan Pos tidak akan menerima sebarang permohonan membaharui Lesen Memandu buat sementara. Sebarang permohonan bolehlah dibuat disemua Cawangan JPD di keempat-empat daerah. JPD akan mengeluarkan  resit bagi pemohon-pemohon baru Lesen Memandu dan pemohon-pemohon yang membaharui Lesen Memandu.

Permohonan-permohonan akan mula dapat diterima pada hari Rabu, 12 Disember 2018 bagi cawangan-cawangan JPD dan 9 Cawangan Perkhidmatan Pos (iaitu Mail Processing Centre/MPC, Pejabat Pos Sengkurong, Pejabat Pos Seri kompleks Batu Satu, Pejabat Pos Menglait Gadong, Pejabat Pos Muara, Pejabat PosTutong, Pejabat Pos Seria, Pejabat Pos Lumut dan Pejabat Pos KB). JPD memohon kemaafan diatas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai.

Untuk memastikan orang ramai tidak menghadapi kesulitan semasa operasi penguatkuasaan jalan raya dan semasa membuat perjalanan darat di Negara jiran, JPD telah memaklumkan agensi-agensi berkuasa tempatan dan Negara jiran mengenai perkara ini untuk memastikan orang ramai boleh membuat perjalanan tanpa menghadapi sebarang masalah.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, JPD pada waktu bekerja di talian 2451979/2451980 sambungan 107 atau 2420846 atau emel kepada info@land-transport.gov.bn atau dengan menghubungi Ta`lian Darussalam 123.


Attachments