Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KENYATAAN TAWARAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tawaran adalah dipelawa kepada orang ramai bagi menghadapkan TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN SATU DAN DUA ANGKA BAGI SIRI BAT & BAU DAN RE-TENDER BAGI BILANGAN PENDAFTARAN DUA ANGKA SIRI BAP, BAQ, BAR DAN BAS bagi nombor-nombor berikut:-

  1. BAT 1 – BAT 99 [Senarai Dilampirkan];
  2. BAU 1 – BAU 99 [Senarai Dilampirkan]; dan
  3. BAP, BAQ, BAR & BAS [Senarai Dilampirkan]

Tawaran diterima bermula daripada Hari Rabu, 06 Februari 2019 dan tarikh tutup pada Hari Selasa, 05 Mac 2019, jam 11.00 pagi.

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT TAWARAN:

1.      Tawaran hendaklah dibuat dalam borang A1 yang boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong dan Jabatan Pengangkutan Darat, Cawangan Daerah Belai, semasa waktu pejabat.

2.      Orang ramai adalah diperingatkan untuk mengisikan butir-butir yang tertera di dalam borang ini dengan maklumat yang betul dan diperakui sah.

3.      Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup dengan menyertakan bersama salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu pemohon serta resit bayaran perkhidmatan sebanyak $25.00 bagi setiap bilangan pendaftaran.
 

4.      Sampul surat hendaklah ditandakan dengan perkataan 'TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN' di bahagian atas kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Bilangan Pendaftaran yang terletak di Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong atau Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait sebelum tarikh tutup Tawaran.

 5.      Jabatan Pengangkutan Darat berhak untuk tidak menerima dan membatalkan mana-mana borang yang tidak lengkap dan lewat diterima.  Bayaran perkhidmatan sebanyak $25.00 tidak akan dikembalikan sama ada tawaran berjaya ataupun sebaliknya.

6.      Harga minima tawaran bagi satu dan dua angka hendaklah tidak kurang daripada $2,000.00.

 7.      Penender yang berjaya hendaklah melunaskan keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan bilangan pendaftaran yang ditawarkan di atas nama Penender sendiri dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat pemberitahuan kebenaran Jabatan ini dikeluarkan.

8.      Permohonan untuk melanjutkan tempoh bagi mendaftarkan bilangan pendaftaran yang ditawarkan hendaklah dihadapkan ke Jabatan ini sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tempoh enam (6) bulan kebenaran awal di atas berakhir.  Bayaran sebanyak 10% daripada harga asal tawaran akan dikenakan.  Jabatan ini hanya akan memberikan sekali sahaja tempoh lanjutan selama tiga (3) bulan.  Walaubagaimanapun, keseluruhan harga tawaran masih perlu dilunaskan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan kebenaran asal berakhir, sebelum tempoh lanjutan boleh dipertimbangkan.

 9.      Jika penender yang berjaya gagal melunaskan pembayaran atau / dan mendaftarkan bilangan pendaftaran yang telah ditawarkan mengikut syarat-syarat dan tempoh yang telah ditetapkan seperti di para 7 dan 8 di atas, maka Jabatan ini berhak untuk menarik balik bilangan pendaftaran berkenaan dan akan ditawarkan semula kepada orang ramai. Sebarang wang pembayaran yang telah dilunaskan TIDAK akan dikembalikan.

 10.   Sebarang permohonan untuk menyerahkan / menukar milik bilangan pendaftaran yang belum didaftarkan hendaklah dihadapkan ke Jabatan in sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh mansuh kebenaran Jabatan ini.

 11.   Syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas adalah berpandukan kepada Road Traffic (Identification Marks) Regulations, 2008.

Bagi sebarang pertanyaan dan urusan lanjut, orang ramai bolehlah berurusan terus dengan Kaunter No.15, di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong atau Kaunter No.5, di Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait atau menghubungi Pegawai Melesen Kanan, Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan di Jabatan ini di talian 2452302 pada waktu pejabat atau email kepada info_ltd@land-transport.gov.bn

Rujukan:              JPD/S/5.7/22-38& JPD/S/5.7/22-39

Tarikh:                 28 Januari 2019 bersamaan 22 Jamadilawal 1440

Attachments