Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HARI KELUARGA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA DAN PIHAK-PIHAK BERKUASA BAGI TAHUN 2019

Bandar Seri Begawan, 10 Februari 2019 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi danisteri.

Antara tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai, kakitangan dan ahli keluarga.Pelbagai aktiviti-aktiviti turut disediakan bagi memeriahkan suasana Hari Keluarga dan secara langsung mengamalkan gaya hidup sihat serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dengan beriadah bersama-sama.  Di samping itu juga, aktiviti-aktiviti ini dihasratkan dapat mengukuhkan kerjasama, persefahaman dan kerja berpasukan.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik dan diikuti pelancaran aktiviti dan diteruskan dengan aktiviti berjalan kaki (brisk walk) serta permainan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pegawai Eksekutif AITI, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa, berserta keluarga masing-masing.

Disediakan oleh:

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

pic 1.jpg


Attachments