Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DUA STESEN PEMERIKSAAN KENDERAAN (VEHICLE INSPECTION STATION - VIS) KINI BEROPERASI DI DAERAH BELAIT

05 Rejab 1440 bersamaan 12 Mac 2019-Jabatan Pengangkutan Darat (JPD),Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan mengenai perlantikan: (i) satu (1)buah stesen pemeriksaan baru di Daerah Belait iaituJYM Company Sendirian Berhad di alamat Lot No: 55 dan 56, Light Industry, Kuala Belait, dan (ii) penaiktarafan satu (1) buah stesen pemeriksaan terletak di Pekan Seria iaitu HB Auto Inspection dan Service Centre Sendirian Berhad di No: 4196, H.22, Jalan Seria Klinik, Jalan Bolkiah, Seria, Daerah Belait.

JYM Company Sendirian Berhad memulakan operasinya pada 11 Mac 2019 dengan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan pemeriksaan kenderaan persendirian berumor 7 tahun dan keatas, kenderaan berat 3,629 kg atau 4 ton kebawah, kenderaan berat tidak lebih 18,000 Kg, dan pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam.

Sementaraitu, HB Auto Inspection and Service Centre Sendirian Berhad yang telah beroperasi sejak 14 Ogos 2018 telah dinaik taraf untuk mengendalikan pemeriksaan kelayakan kenderaan persendirian dengan kebenaran tambahan mengadakan pemeriksaan kenderaan berat 3,629 kg atau 4 ton kebawah dan pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam bermula 08 Mac 2019.

Dengan beroperasinya stesen-stesen pemeriksaan kenderaan di Daerah Belait, semua perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang dinyatakan tadi tidak lagi dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Kuala Belait, di mana mulai 25 Mac 2019, JPD cawangan Kuala Belait hanya akan mengendalikan pemeriksaan-pemeriksaan teknikal dan penguatkuasaan sahaja.

Dua lagi syarikat yang diberikan kebenaran untuk mengendalikan pemeriksaan kelayakan kenderaan persendirian dengan kebenaran tambahan mengadakan pemeriksaan kenderaan berat 3,629 kg atau 4 ton kebawah, dan Pemeriksaan Kenderaan Perkhidmatan Awam, ialah Bengkel Kereta Berakas Sendirian Berhad dan United Motors Sendirian Berhad di Daerah Brunei Muara.

Orang ramai bolehlah mendapatkan perkhidmatan di Stesen-Stesen Pemeriksaan Kenderaan yang telah dilantik di Daerah Belait dan di Daerah Brunei Muara yang mana maklumat lanjut mengenai alamat dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan boleh didapatkan melalui laman sesawang www.mtic.gov.bn/ltd di bawah pautan bertajuk "Senarai 16 VIS yang dilantik".

Kadar bayaran bagi pemeriksaan kelayakan kenderaan bagi kenderaan persendirian di Stesen-Stesen Pemeriksaan Kenderaan tersebut masih mengikut kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh JPD pada masa ini, iaitu:

Kenderaan BermotorPemeriksaan PertamaPemeriksaan Semula

B$ 5.00B$10.00


Bayaran perkhidmatan lain selainyang telah dinayatakan adalah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan. JPD mengingatkan supaya syarikat-syarikat yang dilantik untuk sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Manakala itu, JPD mempelawa syarikat-syarikat yang berminat dan berkelayakkan untuk memohon dan member perkhidmatan yang sama di Daerah Tutong danTemburong.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara-perkara di atas, orang ramai bolehlah menghubungi Unit Pengiktirafan Bengkel dan VIS JPD melalui telefon 2423161 / 2423513 pada waktu pejabat atau melalui emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.


Haji Rozaly bin Haji Saidon

Pemangku Pengarah PengangkutanDarat

Senarai VIS 16 yang dilantik.pdf

vis 16.jpg



Attachments