Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SESI DIALOG JABATAN PENGANGKUTAN DARAT BERSAMA PEMEGANG LESEN MEMANDU KELAS 2B

SIARAN AKHBAR 21 Mac 2019.pdf14 Rejab 1440 bersamaan 21 Mac 2019 - Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telahpun mengadakan Sesi Dialog bersama pemilik-pemilik treler perahu dan pemegang-pemegang Lesen Memandu Kelas 2B pada petang tadi bertempat di Kompleks Litar dan Ujian Memandu, Jabatan Pengangkutan Darat, Kg Sungai Akar.

Sesi Dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Hj Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Turut hadir ialah Yang Mulia haji Rozaly bin Haji Saidon, Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Yang Mulia Awang Haji Md Zin bin Haji Yaakob, Pemangku Timbalan Pengarah Pengangkutan Darat serta Pegawai-Pegawai Jabatan Pengangkutan Darat dan ahli Sektretariat MKKJR.

Semasa sesi dialog tersebut, Jabatan Pengangkutan Darat menyentuh mengenai kepentingan mendaftar dan melesen treler-treler perahu mengikut keperluan Akta Lalu lintas Jalan Raya (Penggal 68), Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya (Pendaftaran Kenderaan Bermotor dan Treler), 2013 yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Md Zin bin Haji Yaakob, Pemangku Timbalan Pengarah Pengangkutan Darat.

Turut dibincangkan adalah mengenai tatacara meningkatkan keselamatan treler perahu di jalanraya. JPD juga telah mengedarkan Borang Kaji selidik yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat dari pemegang lesen Memandu kelas 2B mengenai Peraturan-Peraturan yang mengawal treler perahu.

Dalam usaha JPD memberigakan pentingnya meningkatkan keselamatan jalanraya bagi pemilik-pemilik treler perahu ini, JPD juga telah mengagihkan reflector untuk dipasang di treler perahu bagi meningkatkan visibility perahu, terutama sekali diwaktu malam.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkara-perkara di atas, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Pengangkutan Darat melalui telefon 2423161 / 2423513 pada waktu Pejabat atau melalui emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.

Attachments