Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN DARAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1440H/2019M

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu-waktu perkhidmatan di JPD sepanjang Bulan Ramadhan 1440 Hijrah / 2019 Masihi adalah seperti berikut:

Kaunter-kaunter perkhidmatan JPD di Ibu Pejabat JPD Gadong; Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar; Cawangan JPD Daerah Tutong; Cawangan JPD Daerah Belait dan Cawangan JPD Daerah Temburong, beroperasi pada Hari ISNIN hingga KHAMIS dan SABTU mulai jam 8.15 Pagi hingga 12.30 Tengahhari.

Pusat Pemeriksaan Kenderaan di Ibu Pejabat JPD Gadong, dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan di Cawangan-Cawangan JPD di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Temburong untuk Perkhidmatan Pemeriksaan Tukar Milik, Pertukaran Nombor Pendaftaran (Retain), Pemeriksaan Tukar Enjin dan Pemeriksaan Tukar Warna serta Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan beroperasi pada Hari ISNIN hingga KHAMIS dan SABTU mulai jam 8.15 Pagi hingga 12.30 Tengahhari.

Sementara, waktu Perkhidmatan Setiap Hari Jumaat bagi perkhidmatan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan di Ibu Pejabat JPD Gadong sepanjang bulan Ramadhan 1440 Hijrah / 2019 Masihi adalah mulai jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi.

Bagi Cawangan JPD Daerah Tutong dan Cawangan JPD Daerah Belait bagi perkhidmatan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan adalah hanya pada hari Jumaat Minggu Pertama dan Terakhir, bermula jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi.

Manakala, Pemeriksaan Kenderaan di Cawangan JPD Daerah Tutong pada Hari Jumaat Minggu Pertama dan Terakhir, jam 8.15 pagi hingga 10.30 pagi.

Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar, dan Cawangan JPD Daerah Temburong bagi perkhidmatan Membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan serta pemeriksaan kenderaan adalah DITUTUP pada hari Jumaat.

HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON
Pemangku Pengarah
Jabatan Pengangkutan Darat


WaktuPerkhidmatanJPDRamadhan.jpg


Attachments