Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMPEN BERINGAT-INGAT KESELAMATAN JALAN RAYA SEMASA LEBARAN AIDIL FITRI 2019

Bandar Seri Begawan, 28 Ramadhan 1440 bersamaan 3 Jun 2019 (Isnin) – Dalam memastikan suasana kunjung mengunjung semasa Hari Raya Raya Aidil Fitri yang akan menjelang dilalui dengan selamat di jalanraya, Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) mengadakan "Kempen Beringat-Ingat Keselamatan Jalan Raya Menjelang Lebaran Aidil Fitri 2019". 

 

Kempen Beringat-Ingat yang diadakan setiap tahun menjelang muslim lebaran ini bertujuan untuk sama-sama mengingati dan meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya apabila kunjung mengunjung kepada sanak saudara. 

 

Kempen pada tahun ini mengagihkan beberapa sampul hari raya yang membawakan mesej keselamatan 'Bagitau Semua' kepada pengunjung di Jabatan Pengangkutan Darat. Tumpuan utama kempen diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Beribi yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Rozaly bin Haji Saedon, Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat selaku Ketua Urusetia Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya.  

 

Dalam kesempatan ini, MKKJR terus menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memulakan setiap perjalanan dengan doa disamping meningkatkan kewaspadaan dengan memberikan tumpuan dan perhatian penuh ketika memandu di jalan raya serta mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah dan bertanggungjawab.

 

Pemandu-pemandu juga terus diseru untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta mengamalkan pemakaian tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan untuk sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan serta tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan demi menjaga keselamatan bersama dan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) telah memuat turun beberapa poster mempromosi perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan jalan raya ke dalam Twitter dan Instagram @ mkkjrbrunei dan juga facebook.com/mkkjrbrunei.

 

"Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Biskita Adalah Apabila Biskita Sampat

Di Destinasi Yang Dituju Dengan Selamat"

 

 

Disediakan oleh:

Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments