Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENUTUPAN PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN DARAT SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI 1440H / 2019M

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat JPD dan semua cawangan JPD di keempat-empat daerah akan ditutup pada hari kelepasan awam sempena Hari Raya Aidil Fitri tertakluk kepada hasil penglihatan Anak Bulan Syawal 1440 Hijrah. 

Sekiranya 01 Syawal 1440H jatuh pada Hari Rabu, 05 Jun 2019, maka perkhidmatan kaunter JPD akan ditutup mulai 05 Jun hingga 08 Jun 2019 dan akan beropersi seperti biasa pada Hari Isnin, 10 Jun 2019.  

Sekiranya 01 Syawal 1440H jatuh pada Hari Khamis, 06 Jun 2019, perkhidmatan kaunter JPD akan ditutup mulai 06 Jun hingga 10 Jun 2019 dan akan beroperasi semula pada Hari Selasa, 11 Jun 2019

Waktu beroperasi akan kembali seperti biasa iaitu pada sebelah pagi bermula pada jam 08.00 hingga 11.30 pagi, dan sebelah petang mulai 01.30 hingga 03.00 petang.

 

HJ ROZALY BIN HJ SAIDON

Pemangku Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Tarikh: 30 Mei 2019


Penutupan Kaunter Hari Raya 2019.jpg

Attachments