Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
HARI INFORMASI DAN RAMAH MESRA AIDILFITRI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT BERSAMA PELANGGAN 2019

Bandar Seri Begawan, 29 Jun 2019 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) mengadakan Hari Informasi (Information Day) dan Ramah Mesra Aidilfitri bersama pelanggan-pelanggan JPD pada pagi ini bertempat di Ibu Pejabat JPD, Gadong.

Hari Informasi JPD diadakan bertujuan untuk memberigakan perkhidmatan-perkhidmatan JPD serta memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih jelas mengenai perkhidmatan-perkhidmatan JPD.  Antara perkhidmatan utama yang diberigakan adalah Urustadbir Pengurusan Bilangan Pendaftaran Kenderaan atau Tanda Pengenalan Kenderaan yang dilaksanakan mulai 04 Jun 2019 sebagai salah satu usaha JPD ke arah memudahcara urusan orang ramai dalam mendapatkan bilangan pendaftaran kenderaan dan memberikan perkhidmatan yang lebih telus, saksama, sistematik dan teratur. 

Turut diberigakan adalah perkhidmatan-perkhidmatan lain secara Online untuk memudahkan urusan orang ramai menghadapkan permohonan membaharui Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu. Perkhidmatan Online merupakan alternatif atau pilihan selain mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan di kaunter-kaunter perkhidmatan biasa yang memakan masa dan terpaksa menunggu giliran lama. 

Perkhidmatan kaunter yang juga diketengahkan semasa Hari Informasi JPD termasuklah Kaunter Perkhidmatan Teknikal, Pendaftaran dan Perlesenan Kenderaan, Kaunter Tukar Milik, Bahagian Perlesenan Kenderaan Komersial dan Pengangkutan Awam, Bahagian Pengiktirafan Bengkel serta Stesen Pemeriksaan Kenderaan.

JPD selaku Urussetia kepada Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) juga turut mempamerkan berkaitan keselamatan jalan raya, antaranya Seatbeltss Convincer Simulator, pengagihan buku SiKAP dan mengajak orang ramai untuk berikrar yang keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama bertujuan untuk menanamkan sifat keprihatinan dan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya Keselamatan Jalan Raya di negara ini.

Pada tahun ini, JPD meraikan Hari Raya bersama pelanggan-pelanggan JPD dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai-pegawai dan kakitangan JPD dengan orang ramai agar lebih mesra dan harmoni.

photo Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 29062019.jpg 

 

 

Disediakan oleh

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments