Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN 1441 HIJRAH DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA KEPULANGAN JEMAAH HAJI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DANJABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA SERTAPIHAK-PIHAK BERKUASA

03 Muharram 1441bersamaan 03 September 2019: Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatandi bawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa pada pagi ini mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1441 Hijrah dan diselajurkan dengan Doa Kesyukuran Sempena Kepulangan Jemaah Haji Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.  Majlis diadakan di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar dan dikelolakan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Perkhidmatan Pos.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib Bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, di ikuti ucapan alu–aluan daripada Pemangku Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Yang Mulia Haji Rozaly bin Haji Saidon, selaku Pengerusi BersamaMajlis.

Majlis diserikan dengan satu ceramah khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) selaku penceramah undangan.  Acara diteruskan dengan dzikir Marhaban dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran bagi meraikan kepulangan seramai sepuluh (10) orang jemaah haji terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis yang merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa bagi menyemarakkan hari-hari Kebesaran Islam bertujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata'ala.

Turut hadir ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cyber Security, Strategi dan Korporat); Yang Mulia Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI),Ketua Eksekutif Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD), Pengarah-Pengarah Jabatandan Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Pihak-Pihak Berkuasa.

Disediakan oleh:

Haji Rozaly bin Haji Saidon

Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

tahun baru hijrah_1.jpg

Attachments