Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SIARAN AKHBAR JABATAN PENGANGKUTAN DARAT LETAKKAN KENDERAAN DITEMPAT YANG SELAMAT BOLEH JAMIN KESELAMATAN JALAN RAYA

Dalam usaha memastikan kesejahteraan dan keselamatan orang awam selaku pengguna jalan raya, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) meneruskan lagi operasi rondaan di beberapa kawasan di sekitar Bandar Seri Begawan.

Operasi rondaan yang dijalankan pada waktu malam, 26 September 2019, mendapati sebuah kenderaan bas milik Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd telah diletakkan di tempat yang boleh membahayakan pengguna jalan raya iaitu di kawasan persimpangan 179, Jalan Kiarong. Pemandu bas tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak $50 dan diberikan 3 mata Demerit SiKAP.

JPD juga memohon kerjasama para pengusaha atau pemilik syarikat-syarikat pengangkutan untuk sama-sama memastikan keselamatan para pengguna jalan raya dan menasihatkan pemandu-pemandu kenderaan berat dan komersil milik syarikat masing-masing supaya meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan serta mengamalkan pemanduan yang cermat mengikut peraturan-peraturan dan had-had laju yang ditetapkan. 

Dalam pada itu, JPD memaklumkan bahawa mana-mana pemandu kenderaan bermotor yang tidak mematuhi Peraturan 149 Peraturan Lalulintas Jalan Raya Penggal 68 iaitu meletakkan kenderaan di tempat yang bukan dikhaskan boleh dikenakan kompaun berikut:

Kesalahan Pertama:       Lima Puluh Ringgit (B$50)

Kesalahan Kedua:          Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (B$150)

Kesalahan Ketiga:          Tiga Ratus Ringgit (B$300)

Kesalahan Keempat:      Lima Ratus Ringgit (B$500)

Kesalahan Seterusnya : Pemandu boleh dihadapkan 

ke Mahkamah

JPD seterusnya memohon kerjasama orang ramai untuk mengongsikan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keselamatan jalan raya dengan menghubungi Talian Darusalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan menyertakan gambar mengenai kenderaan terbabit.

Disediakan oleh:

Haji Rozaly Haji Saidon

Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat


Attachments