Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KENYATAAN TAWARAN JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Tawaran adalah dengan ini dibukakan untuk penyertaan orang ramai yang berminat untuk ikut serta TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN TIGA DAN EMPAT ANGKA SIRI BAX seperti berikut: • BAX 100 hingga BAX 9999

• Senarai BAX kategori nombor GOLD dan SILVER seperti dilampirkan.Tawaran akan mula dibukakan pada Hari Khamis, 17hb Oktober 2019 dan tarikh akan ditutup pada Hari Isnin, 18hb November 2019, jam 11.30 pagi. 

PERATURAN DAN SYARAT
SYARAT TAWARAN:
1.Pemohon hendaklah menghadapkan tawaran dengan mengisi BORANG TPK 1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat,Jalan Beribi Gadong dan Jabatan Pengangkutan Darat, Cawangan Daerah Belait, semasa waktu kaunter kaunter Jabatan Pengangkutan Darat dibuka iaitu
08 00 hingga 11 30 pagi dan 01 30 hingga 03 00 petang

2.Pemohon hendaklah mengisikan keterangan yang dikehendaki dalam borang berkenaan dengan lengkap dan betul

3.Borang yang telah diisikan dengan lengkap dan betul hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat yang bertutup dengan menyertakan salinan kad pengenalan salinan lesen memandu pemohon dan resit bayaran perkhidmatan sebanyak 25 00 (Ringgit Dua Puluh Lima Sahaja) untuk setiap Bilangan Pendaftaran yang dipohonkan

4.Sampul surat berkenaan hendaklah ditandakan “TAWARAN BILANGAN PENDAFTARAN KENDERAAN” dan dimasukkan kedalam Peti Tawaran Bilangan Pendaftaran yang terletak di Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi Gadong atau Jabatan Pengangkutan Darat,Cawangan Daerah Belait sebelum tarikh tutup tawaran

5.Borang yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dilayan.

6.Bayaran perkhidmatan sebanyak 25 00 (Ringgit Dua Puluh Lima Sahaja) tidak akan dikembalikan sama ada tawaran Berjaya atau pun sebaliknya

7. Tawaran tertutup ini dibukakan dalam Tiga (3) kategori iaitu:

Bil Kategori Bilangan Pendaftaran Kenderaan
Harga Tawaran Minima
 i. Emas $2000.00
ii. Perak $500.00 
iii. Biasa $100.00

8.Penender diberi tempoh satu 1 bulan dari tarikh surat tawaran berjaya yang dikeluarkan oleh Jabatan ini untuk menjelaskan harga tawaran

9.Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, bilangan pendaftaran kenderaan tersebut akan ditawarkan kepada Penender kedua tertinggi dan seterusnya Jika tidak terdapat Penender seterusnya, peluang akan diberikan kepada sesiapa saja yang sanggup mengambil bilangan pendaftaran
kenderaan tersebut dengan harga tawaran tertinggi

10.Penender yang sudah menjelaskan bayaran harga tawaran boleh menyimpan bilangan pendaftaran kenderaan bagi tempoh 3 tahun dengan membayar Holding Fee sebanyak 60 00 non refundable Jika Bilangan Pendaftaran Kenderaan tersebut masih juga tidak didaftarkan selepas 3 tahun, maka Bilangan Pendaftaran Kenderaan akan diambil balik oleh JPD dan segala bayaran tidak dikembalikan

11.Penender penender yang mempunyai tiga atau lebih Bilangan Pendaftaran di bawah namanya yang belum didaftarkan termasuk Bilangan Pendaftaran yang belum dibayar dan digantung adalah digalakkan untuk mendaftarkan bilangan pendaftaran kenderaan sebelum menyertai sebarang tawaran yang lain

12.Bilangan Pendaftaran Kenderaan yang sudah dibayar boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja dengan bayaran perkhidmatan Serah $5.00

13.Penender ( yang disokong untuk ditawarkan dengan lebih dari tiga( 3 bilangan pendaftaran kenderaan, akan hanya diberikan tiga 3 bilangan pendaftaran kenderaan dengan harga tertinggi untuk dimenangi Mana mana bilangan pendaftaran kenderaan selebihnya yang sepatutnya diberi kepada
penender pertama akan ditawarkan kepada penender kedua tertinggi dan seterusnya

14.Syarat syarat yang telah dinyatakan di atas adalah berpandukan kepada Urus tadbir yang berkuatkuasa mulai 2 Jun 2019 dan Peraturan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (Tanda Pengenalan), 2008 Bagi sebarang pertanyaan dan urusan lanjut, orang ramai bolehlah berurusan terus dengan Kaunter No 15 di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Beribi, Gadong atau Kaunter No 5 di Jabatan Pengangkutan Darat Cawangan Daerah Belait atau menghubungi Pegawai Melesen Kanan, Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan di Jabatan ini di talian 2452302 pada waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn

Rujukan:  JPD/S/5.7/22 38 JPD/S/5.7/22 39
Tarikh: 13 Safar 1441H bersamaan 12hb Oktober 2019


new poster_2.jpg



Attachments