Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JPD AMBIL TINDAKAN TERHADAP 7 PEMANDU KENDERAAN KENDERAAN TERLIBAT DI DALAM “LUMBA HARAM”

Susulan serbuan terhadap satu kegiatan lumba haram bertempat di kawasan lapang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong pada malam hari Ahad, 26 Januari 2020, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mengambil tindakan terhadap tujuh (7) orang pemandu kenderaan bermotor yang terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram berkenaan. 

JPD telah mengarahkan pemilik-pemilik kenderaan yang terbabit untuk membawa kenderaan mereka ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan, Ibu Pejabat JPD Gadong untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan JPD mendapati enam (6) buah kenderaan yang terbabit di dalam lumba haram telah diubahsuai tanpa kebenaraan.   Sehubungan itu, JPD telah mengarahkan para pemilik kenderaan – kenderaan berkenaan untuk mengubah semula bentuk kenderaan mengikut spesifikasi asal.  Susulan kesalahan tersebut juga, dua (2) dari kenderaan yang terbabit telah ditarik semula Lesen Kenderaannya.

Di samping itu, empat belas (14) kompaun telah dikeluarkan kepada enam (6) orang pemandu kerana membuat kesalahan mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran.


PR_1 1040120.jpg  

PR_2 1040120.jpg

Kenderaan yang diarahkan membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan JPD Gadong

JPD memaklumkan bahawa mana-mana pemandu kenderaan bermotor yang tidak mematuhi Peraturan 3 Peraturan Lalulintas Jalan Raya Penggal 68 iaitu kenderaan yang tidak mematuhi Akta dan Peraturan Lalulintas Jalan Raya / Kenderaan yang diubahsuai, boleh dikenakan kompaun berikut:

Kesalahan Pertama: Lima Puluh Ringgit (B$50)

Kesalahan Kedua: Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (B$150)

Kesalahan Ketiga:  Tiga Ratus Ringgit (B$300)

Kesalahan Keempat: Lima Ratus Ringgit (B$500)

Kesalahan Seterusnya: Pemandu boleh dihadapkan 

ke Mahkamah

Di bawah Bab 37A (7) Akta Lalulintas Jalan Raya Penggal 68, iaitu mana-mana orang yang menganjurkan atau yang mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan atau ujian kelajuan tanpa kelulusan bertulis Pesuruhjaya Polis dan mana-mana pemandu atau orang yang bertanggungjawab terhadap apa-apa pertandingan atau ujian kelajuan adalah bersalah kerana melakukan satu kesalahan:  Hukuman denda tidak kurang daripada $1,000 tetapi tidak lebih daripada $2,000  dan penjara 6 bulan dan sekiranya sabit kesalahan kedua atau berikutnya, denda tidak kurang daripada $2,000 tetapi tidak lebih daripada $3,000 dan penjara 12 bulan

JPD seterusnya memohon kerjasama orang ramai untuk mengongsikan sebarang perkara yang boleh menjejaskan keselamatan jalan raya dengan menghubungi Talian Darusalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan menyertakan gambar mengenai kenderaan terbabit.


Disediakan oleh:

Haji Rozaly bin Haji Saidon

Pengarah Pengangkutan Darat

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi


Attachments