Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MESYUARAT DUA HALA ANTARA JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DENGAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) MALAYSIA

Bandar Seri Begawan, 05 Februari 2020 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) pada petang ini mengadakan mesyuarat dua hala bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.  Mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat SiKAP, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat Gadong.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Haji Rozaly bin Haji Saidon, Pengarah JPD, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, selaku Pengerusi Bersama Mesyuarat dan diikuti dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Shaharuddin bin Khalid, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Malaysia, selaku Ketua delegasi dari Malaysia.

Delegasi Malaysia yang turut hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengarah Bahagian Perlesenan Kenderaan JPJ Malaysia,  Yang Berbahagia Dato' Ahmad Nasir bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Malaysia dan Yang Berbahagia Dato' Mohamad Dahlan Md. Maamor, Setiausaha Politik YB Menteri Pengangkutan. Manakala delegasi Negara Brunei Darussalam yang hadir ialah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Darat, dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Negara Brunei Darussalam.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama strategik di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terutama dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan darat khususnya hal ehwal penguatkuasaan, mengongsikan kaedah-kaedah terbaik atau best practices, mengongsikan perkembangan-perkembangan terkini mengenai dasar pengangkutan, perjalanan atau mobiliti kenderaan-kenderaan pengangkutan kedua-kedua Negara dalam lintas batas serta perbincangan bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran sektor pengangkutan (governance).

Disediakan oleh:

Bahagian Antarabangsa, Dasar dan Strategi

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

JPJ malayasia.jpg

Attachments