Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JPD TERUSKAN OPERASI PENGUATKUASAAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dalam usahanya bagi meningkatkan lagi keselamatan dan kesejahteraan para pengguna jalan raya, meneruskan operasi penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas jalan raya dengan melaksanakan rondaan-rondaan, pemantauan dan penahanan pemandu-pemandu kenderaan persendirian, kenderaan pengangkutan awam, kenderaan barangan, dan kenderaan berat. Operasi tersebut dikendalikan secara bersepadu dengan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan polis Diraja Brunei (PPDB).

Setakat bulan Januari 2020 sahaja, sejumlah 145 kompaun telah dikeluarkan keatas 99 pemandu. 100 kompaun kesalahan dikenakan keatas 66 pemandu kenderaan berat dan komersil; dan 45 kompaun keatas 33 pemandu kenderaan persendirian. Berikut adalah jenis-jenis kesalahan yang dilakukan:


1.     Senarai Kesalahan Melibatkan Kenderaan Persendirian

Jenis kesalahanAkta dan PeraturanBilangan Kesalahan
Kenderaan yang tidak mematuhi akta dan peraturan lalu lintas jalan raya / kenderaan yang diubahsuaiPeraturan 38
Kegagalan  pemandu memakai tali pinggang keledar atau kegagalan pemandu memastikan penumpang di tempat duduk hadapan memakai tali pinggang keledarPeraturan 8 (1)2
Kenderaan yang dipasang dengan cermin atau plastik gelap atau tirai yang tidak ada kebenaran semasa kenderaan dipandu di jalan rayaPeraturan 182
Memandu kenderaan yang tidak layak dari keselamatannyaPeraturan 2620
Muatan jatuh dari kenderaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lainPeraturan 271
Kenderaan yang tidak sesuai dari segi strukur digunakan bagi tujuan lain dan boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan rayaPeraturan 282
Memandu kenderaan dengan tayar botak / nampak benangPeraturan 315
Ekzos mengeluarkan bunyi yang bisingPeraturan 333
Memasang lampu warna lain selain warna putih di depan kenderaanPeraturan 1092

2. Senarai Nama-Nama Pemandu dan Syarikat Atas Kesalahan Kenderaan Berat dan Komersil

No. Pendaftaran KenderaanNama PemanduNama SyarikatKompaun Dikenakan
AA1670

MUSLIH

(51-449179)

SYKT HJ MOHD IDRIS BIN HJ MD SAID$ 50
BAC6364

VIJAYAKUMAR RETHINAM

(51-322212)

SITTHI TRADING SDN BHD$ 50
BAP4563

TAKIM

(51-387174)

X'CEL GOOD LINK SERVICES$ 50
BAH8439

SAWON

(51-174071)

SYARIKAT WATIQAH AHZA$300
KL2830

MAT DAUD BIN SITIN

(50-680907)

D.S.H.A TRADING$300
BAS9857

SATIYO

(51-170355)

SYKT Q STONE SDN BHD$ 50
BAE3188

TARMUJI

(51-192700)

TIAN TENG FORWARDING SDN BHD

$150

 

BM5190

GURPREET SINGH RANDHAWA

(51-468137)

SYKT DYG SIAH DAN ANAK-ANAK$ 50
BAR6978

MD NOOR HAFIZUDDIN BIN AWG ROSLAN

(01-062329)

READYMIX CONCRETE (B) SDN BHD

$500

 

BAR9158

TENTREM ANTOKO

(51-414696)

MANRIA SDN BHD

$300

 

BAE9475

HADI NURSALAM

(51-256155)

FOUNDATION CONTRACTOR AND ENGINEERING

$300

 

BAG4327

MD RIDWAN SAHSUKIRNO

(51-424693)

RBD ENTERPRISE

$300

 

BAC8566

JAMES BIN RINING

(50-990607)

SYARIKAT WATIQAH AHZA$ 50
BP4192

TRI WALUYA NUGRAHA

(51-050610)

SYARIKAT PEMBORONG DEYAN$ 50
BAF8868DONI HERU PRASETIO 51-340198TIAN TENG FORWARDING SDN BHD$ 50
BAB9270

ANAS YUSUF

(51-019251)

SYARIKAT AMPUAN HJ SALLEH BIN AMP.HJ JUDAH & ANAK2$ 500
BAE4354

SUGENG WIDODO

(51-047378)

READYMIX CONCRETE (B) SDN BHD$ 500
BAB9270

ANAS YUSUF

(51-019251)

SYARIKAT AMPUAN HJ SALLEH BIN AMP.HJ JUDAH & ANAK2$ 500
BAW8917

ARIF BASUKI

(50-967496)

READYMIX CONCRETE (B) SDN BHD$ 50
BAH8439

SAWON

(51-174071)

SYARIKAT WATIQAH AHZA$ 500

JPD ingin memaklumkan bahawa mana-mana pemandu kenderaan bermotor yang tidak mematuhi Peraturan 161, Peraturan Lalulintas Jalan Raya Penggal 68, iaitu kenderaan yang membawa lebih muatan boleh dikenakan kompaun:

Kesalahan Pertama:                       Lima Puluh Ringgit (B$50)

Kesalahan Kedua:                           Satu Ratus Lima Puluh Ringgit (B$150)

Kesalahan Ketiga:                           Tiga Ratus Ringgit (B$300)

Kesalahan Keempat:                      Lima Ratus Ringgit (B$500)

Kesalahan Seterusnya:                  Pemandu boleh dihadapkan ke Mahkamah

Dalam kesempatan ini, JPD mengingatkan kepada pemilik-pemilik syarikat kenderaan komersil, pengangkutan awam dan barangan supaya memastikan pemandu-pemandu di bawah syarikat masing-masing sentiasa mematuhi akta dan peraturan lalulintas jalan raya bagi menjamin keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan semua pengguna jalan raya di Negara ini.

JPD juga mengalu-alukan orang ramai untuk mengongsikan sebarang aduan berhubung kesalahan lalulintas jalan raya dengan menghubungi Talian Darusalam 123 atau melalui Aplikasi WhatsApp Talian Darussalam +6738333123 atau melayari laman sesawang Talian Darussalam www.123.gov.bn dengan menyertakan gambar mengenai kenderaan terbabit.

Disediakan:

Bahagian Penguatkuasaan

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

truck.jpg



Attachments