Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
TRANSAKSI PEMBAYARAN TANPA WANG TUNAI

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa bermula 17 Februari 2020, JPD telah memperkenalkan kemudahan pembayaran tanpa wang tunai di kaunter-kaunter perkhidmatan di bangunan Ibu Pejabat JPD, Gadong.

Kemudahan pembayaran tanpa wang tunai bertujuan untuk:

  • Memudahcara urusan orang ramai.

 

  • Menyediakan jaminan keselamatan dan mengurangkan ketidakselesaan orang ramai yang menguruskan pembayaran terutama dengan jumlah wang tunai yang banyak.

 

  • Menggalakkan orang ramai agar cenderung membuat transaksi pembayaran tanpa wang tunai.

 

  • Sebagai salah satu inisiatif meningkatkan mutu perkhidmatan JPD melalui penggunaan kemudahan digital sesuai dengan perkembangan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT).

Sehubungan dengan ini, selain dari pembayaran secara tunai, orang ramai khususnya para pelanggan JPD sekarang mempunyai pilihan dan dialu-alukan untuk membuat transaksi pembayaran tanpa wang tunai menggunakan kad-kad kredit atau debit di kaunter-kaunter Membaharui Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu, Kaunter Tukar Milik dan Kaunter Pendaftaran Bilangan atau Tanda Pengenalan Kenderaan di bangunan Ibu Pejabat JPD, Gadong,

Kemudahan transaksi pembayaran tanpa wang tunai ini juga akan dilaratkan ke cawangan-cawangan JPD di setiap daerah dalam masa terdekat.  Di kesempatan ini, JPD ingin memohon kerjasama dan sokongan orang ramai dalam usaha berterusan Jabatan ini untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam JPD di talian 2451980/81/82 sambungan 111 pada waktu-waktu berkerja atau emel kepada info_ltd@land-transport.gov.bn.

 

Pengarah

Jabatan Pengangkutan Darat

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

9 Rejab 1441 / 4 Mac 2020

Attachments