Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAKLUMAN MENGENAI WAKTU PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN DARAT (JPD) SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1441H/2020M

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu beroperasi perkhidmatan-perkhidmatan kaunter JPD sepanjang bulan Ramadhan 1441 Hijrah / 2020 Masehi adalah seperti berikut:

HariWaktu BeroperasiCawangan

 

ISNIN – KHAMIS SABTU

 

(Kecuali Hari Kelepasan Awam)

 

8.00 Pagi - 12.30 Tengahhari

 

Semua

 Cawangan JPD

 

Sementara itu, mulai hari Isnin, 27 April 2020, orang ramai yang ingin berurusan di Ibu Pejabat JPD, Gadong khususnya untuk membaharui Lesen Kenderaan, Tukar Milik, Pinjaman (loan) bank atau Kerajaan atau Membatalkan Tuntutan Pinjaman (cease), kini sudah boleh membuat tempahan awal slot tarikh dan masa untuk datang ke kaunter JPD melalui Aplikasi mudah alih QueUp. Orang ramai bolehlah memuat turun aplikasi mudah alih QueUp dari Apple App Store atau Google Play dan seterusnya mengikut arahan tatacara membuat tempahan slot di dalam aplikasi tersebut.

Mulai hari Isnin, 27 April 2020, Ibu Pejabat JPD juga akan memberikan perkhidmatan 'Bulk' bagi permohonan-permohonan membaharui Lesen Kenderaan melebihi dua (2) permohonan.

Manakala, permohonan membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan melalui perkhidmatan Talian Darussalam (TD) 123 yang mana kemudiannya membayar dan mengambil permohonan yang telah siap di cawangan-cawangan JPD berkenaan adalah masih diteruskan. Sebagai alternatif kepada kaedah di atas khususnya bagi membuat permohonan membaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan, orang ramai adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian (online) melalui www.gov.bn.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Talian 123 semasa waktu pejabat atau emel kepada info_ltd@jpd.gov.bn.

 

HAJI ROZALY BIN HAJI SAIDON

Pengarah Pengangkutan Darat 

Tarikh: 25 April 2020

Attachments