Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PENGGUNAAN BRUHEALTH UNTUK KESELAMATAN PENUMPANG PENGANGKUTAN AWAM

Isnin, 15 Jun 2020 – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa mulai hari Isnin, 15 Jun 2020, semua kenderaan pengangkutan awam terutamanya bas-bas awam, teksi dan perkhidmatan e-hailing (Dart) akan menggunakan aplikasi BruHealth bertujuan menjaga kesejahteraan dan keselamatan semua penumpang pengangkutan awam.

Para penumpang pengangkutan awam disaran mengambil tindakan-tindakan berikut: -

  1. Mengimbas QR Code yang disediakan di setiap kenderaan awam  sebelum menaiki kenderaan dan  turun dari kenderaan;
  2. Pemandu dan konduktor bas mengimbas Kod Sendiri atau My Code penumpang menggunakan aplikasi Premise Scan; atau
  3. Mengisikan borang deklarasi kesihatan secara bertulis jika perlu. 

Sementara itu, semua pengusaha dan pemandu pengangkutan awam dinasihatkan mematuhi saranan Kementerian Kesihatan dengan memastikan:-

  1. Jumlah penumpang tidak melimpasi had kapasiti penumpang yang telah ditetapkan sekarang iaitu sebanyak 50%;
  2. Setiap penumpang bas awam perlu membuat penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter dan duduk secara berselang seli antara satu dengan yang lain;
  3. Memeriksa suhu badan setiap penumpang sebelum masuk kenderaan dan tidak membenarkan masuk mana-mana penumpang yang kurang sihat atau mempunyai sebarang simptom pernafasan;
  4. Menyediakan cecair pembersih tangan (hand sanitizers), tisu kertas tangan pakai buang dan tong sampah di dalam bas awam;
  5. Pemandu dan kondaktor bas hendaklah sentiasa membersihkan semua permukaan di dalam bas yang sering disentuh oleh penumpang seperti tempat duduk dan rel tangan (hand rails); dan
  6. Pemandu dan konduktor bas perlu sentiasa mencuci tangan dan tidak bertugas jika  kurang sihat.

JPD mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pengusaha dan penumpang pengangkutan awam demi menjaga kebersihan dan kesihatan dalam usaha bersama membendung wabak COVID-19 di negara ini.

Haji Rozaly bin Haji Saidon

Pengarah Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Attachments