"SEMOGA MELAYARI LAMAN WEB JPD MEMUDAHCARA BISKITA"
"Jabatan
Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan adalah agensi
kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawalselia dan
memperkembangkan hal ehwal pengangkutan darat. Visi JPD selaras dengan
visi Kementerian Perhubungan ialah untuk menyediakan perkhidmatan
perhubungan dan pengangkutan yang selamat, cekap, mudah dan memuaskan
untuk mempertingkatkan daya saing negara dan meningkatkan kualiti hidup
ke arah rangkaian pengangkutan darat yang cekap, berkesan, selamat dan
bersepadu.
Untuk
mencapai visi ini, JPD menggariskan misinya iaitu menyediakan
infrastruktur dan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan yang mudah,
tepat, selamat dan memuaskan untuk mobiliti penumpang dan barangan dalam
negeri dan serantau, dan meningkatkan kualiti hidup dalam ekonomi
berasaskan pengetahuan.
Melalui
lamanweb ini, JPD berharap abiskita akan dapat mengetahui dan memahami
fungsi dan tanggungjawab jabatan serta menggunakan sepenuhnya sebagai
ruang rujukan biskita dalam usaha JPD memudahcara urusan biskita dan
perkembangan industri pengangkutan darat.
Lamanweb
JPD ini baru sahaja dikemaskini dan setentunya memang ada kekurangan
dalam isi kandungannya. Biskita dipersilakan utk mengajukan sebarang
pertanyaan, komen atau buah fikiran untuk pembaikan kepada jabatan ini
melalui emil: info_ltd@land-transport.gov.bn
Sekian dan Wassalam.
JPD: MEMUDAHCARA...HORMAT...TELUS...