Dalam usaha memastikan kesejahteraan dan keselamatan orang awam selaku pengguna jalan raya, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) meneruskan lagi operasi rondaan di beberapa kawasan di sekitar Bandar Seri Begawan.
Operasi rondaan yang dijalankan pada waktu malam, 26 September 2019, mendapati sebuah kenderaan bas milik Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd telah diletakkan di tempat yang boleh membahayakan pengguna jalan raya iaitu di kawasan persimpangan 179, Jalan Kiarong. Pemandu bas tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak $50 dan diberikan 3 mata Demerit SiKAP.