Sign In

Gangguan Perkhidmatan melalui Applikasi Brutrack Dan Sistem Laman Pautan Rasmi Jejak Dan Kesan (Track and Trace)

Sep 28, 2025
Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) di Kementerian Pengangkutan Infokomunikasi ingin memaklumkan bahawa Aplikasi BruTrack dan Sistem Laman Pautan Rasmi Jejak dan Kesan (Track and Trace) tidak dapat digunakan pada ketika ini.

Bagi Perkhidmatan Jejak dan Kesan (Track and Trace), orang ramai boleh menghubungi Pusat Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (CSC) di talian +673 2380182 (ketika waktu bekerja) dan +673 8711002 (Whatsapp) atau e-mel cscpost@post.gov.bn.

Jabatan Perkhidmatan Pos di seluruh negara akan terus komited dalam memastikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan berjalan dengan lancar dan sempurna. Kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh orang ramai.


Disediakan oleh: 
Jabatan Perkhidmatan Pos 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam



Attachments
News