Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sabtu, 13 Julai 2024 - Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1446 dan Doa Kesyukuran Kepulangan Jemah Haji Tahun 2024 bagi Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan Serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1446 dan Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji bagi Tahun 2024 berikutan dengan Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L) Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun Bagi Tahun 2023 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Hj Mohammad Asyraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan diserikan dengan ceramah khas bersempena dengan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1446 bertajuk ‘Hijrah: Kemana Dan Apa Yang Perlu Di Isi’ yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Asminan bin Haji Chuchu, Pemangku Penolong Pengarah dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis seterusnya diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam dan Doa Kesyukuran bagi kepulangan enam (6) jemaah Haji warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya yang diketuai oleh Yang Mulia Imam Awang Ashraf bin Haji Bujang, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa.

Majlis ini adalah merupakan aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1446 dan meraikan kepulangan warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa di bawahnya yang telah selamat kembali ke tanah air daripada menunaikan fardhu Haji tahun ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya.

Disediakan oleh:
Jabatan Penerbangan Awam
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam



Attachments