Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Rabu, 4 September 2024 - Sesi Dialog Bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Sesi Dialog bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Mahabah, Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Mengalu-alukan keberangkatan dan kehadiran rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke Sesi Dialog tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sesi tersebut didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awang Haji Mohammad Ashraf bin Haji Bujang.  Seterusnya, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, antaranya menyentuh mengenai sektor pengangkutan dengan memfokuskan kepada keselamatan dan sekuriti, kecemerlangan perkhidmatan dan juga pertumbuhan yang mampan. 

Ini diikuti dengan taklimat mengenai fungsi dan peranan Bahagian Dasar Pengangkutan dan juga Bahagian Keselamatan Pengangkutan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi yang juga berhubungkait dengan perkembangan terkini dan perancangan masa hadapan.  Pada masa yang sama, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara berkesempatan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman bagi merancang langkah-langkah kehadapan kearah mencapai kemajuan sektor pengangkutan di negara ini. 

Turut hadir dalam Sesi Dialog tersebut ialah Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-ketua Jabatan, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan dan Pihak Berkuasa di bawahnya.




Disediakan oleh: 
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam 
30 Safar 1446 / 04 September 2024



Attachments