Isnin, 9 Ogos 2021 - Perubahan Operasi Perkhidmatan di Jabatan-Jabatan dan Agensi serta Pihak Berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi | Berikutan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan semasa sidang media pada 9hb Ogos 2021 dan merujuk Siaran Media Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi pada 8hb Ogos 2021 mengenai perkara yang sama, dengan ini memaklumkan pengemaskinian kepada beberapa perkhidmatan di Jabatan-Jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa iaitu seperti berikut:
1. Jabatan Pengangkutan Darat
1.1 Perkhidmatan Kaunter Jabatan Pengangkutan Darat
Jenis Perkhidmatan | Isnin – Khamis & Sabtu | Jumaat | Semua cawangan | Tutup | Tutup | Pos Kawalan | Setiap hari, 6:00 pagi - 3:00 petang termasuk hari kelepasan awam.
|
Jenis Perkhidmatan | Kaedah & Proses | Pembaharuan Lesen Memandu (DL) & Lesen Kenderaan (VL) | Semua permohonan hendaklah dihadapkan melalui Talian Darussalam 123 (TD123), aplikasi mudahalih TransportBN atau laman sesawang GOV.BN (e-Darussalam) sahaja. | Pembaharuan DL bagi pemohon yang berumur 70 tahun dan ke atas | Permohonan adalah melalui TD123 sahaja. | Permohonan baru DL, DL Sementara, Endose DL, Ujian Highway Code & Memandu Jalan Raya | Ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. | Lesen Kenderaan (Permit) Lintas Batas | Mana-mana kebenaran yang diberikan sebelum ini adalah disambung sehingga perkhidmatan kaunter JPD dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. |
* Mana-mana kebenaran yang diberikan sebelum ini adalah disambung sehingga perkhidmatan kaunter JPD dibuka semula pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
2. Jabatan Penerbangan Awam
2.1 Penumpang-penumpang yang akan meninggalkan Negara Brunei Darussalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) hendaklah menggunakan prosedur ‘drop-off’ atau dihantar oleh tidak lebih dari dua (2) orang sahaja.
2.2 Orang ramai adalah tidak dibenarkan untuk menjemput ketibaan penumpang-penumpang.
3. Jabatan Perkhidmatan Pos
PERKHIDMATAN KAUNTER URUSNIAGA, SURAT DAN BUNGKUSAN | PEJABAT POS | WAKTU PERKHIDMATAN | Pusat Memproses Mel (MPC) | Tutup kecuali Perkhidmatan Kaunter Penyerahan Bungkusan dan Kaunter Perkhidmatan Premium (EMS) Jam Operasi: 8:00 pagi hingga 3.00 petang | Muara, Sengkurong, Seri Kompleks, Tutong, Lumut, Seria, Belait, BSB, Bangar, Bunut, Salambigar, Limau Manis, Lumapas, Lamunin, Telisai, Rimba | Kaunter di tutup kecuali kaunter penyerahan sahaja Jam Operasi: 8:00 pagi hingga 3.00 petang | Labi | Kaunter penyerahan sahaja sibuka setiap Hari Selasa Jam Operasi: 8:00 pagi hingga 10.00 pagi | LTAB dan Anggerek Desa | Ditutup sepenuhnya
|
Bagi memudahkan urusan-urusan, orang ramai adalah digalakkan untuk mengunakan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan dalam talian seperti TransportBN, Talian123 serta pengunaan perkhidmatan portal GovBN.
Sekali lagi, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dengan mengamalkan kebersihan diri, etika batuk dan bersin yang betul, penjarakan fizikal dan jika merasa kurang sihat, tidak menghadirkan diri ke Jabatan-Jabatan dan agensi serta Pihak Berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan, mengimbas kod QR melalui aplikasi BruHealth setiap kali masuk dan keluar. Sungkup muka hendaklah dipakai pada setiap masa apabila berada di dalam bangunan.
Kerjasama dan pertimbangan orang ramai adalah sangat diharapkan dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang mungkin berbangkit.
-TAMAT-
Disediakan oleh: Unit Perhubungan Korporat, MTIC pr@mtic.gov.bn
| |
|
|
Attachments |
|
|