Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Khamis, 25 Ogos 2022 - MTIC Meningkatkan Kemahiran dan Kefahaman Mengenai Urustadbir, Prosedur dan Peraturan Kewangan


​​

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Jabatan-Jabatan serta Pihak-Pihak Berkuasa dibawahnya telah mengadakan Program Meningkatkan Kemahiran dan Kefahaman Mengenai Urustadbir, Prosedur dan Peraturan Kewangan petang tadi.

Hadir sama semasa Program ini ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai peraturan-peraturan kewangan yang diharap akan dapat membantu meningkatkan pematuhan dalam kerja-kerja yang berkaitan.

Sesi taklimat disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi di ketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Asrul Adrain Bin Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad, Pemangku Jurukira Agung, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Penerangan taklimat menyentuh mengenai urustadbir, prosedur dan peraturan kewangan seperti hal-hal berkaitan tawaran, pembayaran dan hasil, merangkumi peringkat pengurusan sehingga ke peringkat bawahan di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Turut hadir di sesi Program tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap Infokomunikasi; Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa di Bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi berserta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan.



Disediakan Oleh :
Unit Audit Dalaman
Kementerian Pengangkutan Dan Infokomunikasi
Negara Brunei Darussalam




Attachments