Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sabtu, 03 Disember 2022 - Projek Rintis Sistem Maklumat Bas Penumpang - (Bus Passenger Information System, BPIS)
Projek Rintis Sistem Maklumat Bas Penumpang (Bus Passenger Information System, BPIS) adalah hasil kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan dan Infokommunikasi (MTIC) dengan Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism (MLIT), Jepun melalui program inisiatif Smart City supported by Japan-ASEAN Mutual Partnership (Smart JAMP) di bawah ASEAN Smart Cities Network (ASCN). Projek Rintis ini adalah salah satu usaha pihak Kerajaan untuk meningkatkan kualiti sistem pengangkutan bas awam selaras dengan inisiatif-inisiatif dan pelan tindakan yang terkandung dibawah objektif-objektif Pelan Strategik Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi 2025 (MTIC 2025) dan juga visi dibawah pelan berkenaan iaitu Negara Pintar Terhubung (Connected Smart Nation). 

Projek ini akan memperkenalkan applikasi yang memberikan maklumat mengenai pergerakan dan kedudukan bas awam secara real-time dan seterusnya akan memudahkan pengguna-pengguna bas awam merancang perjalanan masing-masing. Project ini akan dapat digunakan di enam laluan utama di Daerah Brunei Muara selama minima empat bulan mulai bulan ini, Disember 2022. Bagi melaksanakan Projek Rintis berkenaan, pihak MLIT Jepun telah melantik sebuah syarikat dari Jepun iaitu Zenmov Inc. bagi menyediakan sistem serta aplikasi tersebut dan seterusnya melatih pengusaha-pengusaha bas mengunakan aplikasi berkenaan.

Hadir sama menyaksikan majlis penandatangan Memorandum Kerjasama (Memorandum of Cooperation) di antara Zenmov Inc. dengan lima (5) syarikat pengusaha Bas iaitu Syarikat Kerjasama Kenderaan dan Pengangkutan Mukim Pengkalan Batu Dengan Tanggungan Berhad, PHLS Sendirian Berhad, ADBS Sendirian Berhad, Syarikat Kerjasama Kg Tanjong Nangka (SATENAGA) Dengan Tanggungan Berhad, dan Koperasi Tasamul Mukim Lumapas Berhad ialah Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC). Acara juga diteruskan dengan pelancaran applikasi Smart Mobility Operations Cloud (SMOC) yang boleh dimuat turun melalui applikasi di Google PlayStore dan Apple AppStore.



Disediakan oleh:
​Smart Nations Office
Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

Attachments