Skip to main content

News

Kejohanan Ping-Pong bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi Pihak Berkuasa Di Bawahnya bagi Tahun 2025

Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah menganjurkan Kejohanan Ping-Pong bagi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya bagi tahun 2025 bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan MTIC.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan kejohanan ini ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Sebanyak sembilan (9) pasukan lelaki dan tiga (3) pasukan wanita terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian, jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah mengambil bahagian. Penganjuran julung kali ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MTIC dalam menggalakkan penglibatan warga kementerian dalam aktiviti riadah yang sihat, di samping memperkukuh silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tuan Haji Azlan bin Haji Junaidi, Pemangku Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Keputusan Rasmi Kejohanan Ping-Pong MTIC 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki:

🥇 Juara (Piala Pusingan DCA) – Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD)

🥈 Naib Juara – Jabatan Penerbangan Awam (B)

🥉 Tempat Ketiga – Jabatan Penerbangan Awam (A)

🏅 Tempat Keempat – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP)

Kategori Wanita:

🥇 Juara – Jabatan Penerbangan Awam (A)

🥈 Naib Juara – Jabatan Penerbangan Awam (B)

🥉 Tempat Ketiga – Authority for Info-communications Technology Industry (AITI)

Selain hadiah kepada para pemenang, penghargaan khas turut diberikan kepada para pengadil kejohanan sebagai tanda terima kasih atas peranan penting mereka dalam memastikan kelancaran perjalanan kejohanan.

Diharapkan semangat kesukanan dan nilai setiakawan yang dipupuk melalui aktiviti ini akan terus memperkukuh hubungan sesama warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya, sekali gus menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih positif serta produktif di masa hadapan