Skip to main content

News

Lawatan sambil Belajar Penuntut-Penuntut dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Seramai 22 orang penuntut-penuntut daripada University Brunei Darussalam (UBD) bersama fasilitator serta pensyarah-pensyarah membuat lawatan sambil belajar ke Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC).​

Lawatan sambil belajar dimulakan dengan penyampaian taklimat mengenai MTIC Refresh dan Pelan Ekonomik Digital 2025 oleh Yang Mulia Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Lawatan sambil belajar diakhiri dengan kunjungan ke MTIC Innovation Centre dimana penuntut-penuntut dikongsikan maklumat mengenai tatacara mengunakan perkhidmatan online seperti e-Office, Nomborku, projek rintis Sistem Maklumat Bas Penumpang, BruTrack, iFlyBrunei, TransportBN dan BruneiWX. Penuntut-penuntut juga berpeluang untuk berkunjung ke Pavilion MKKJR bagi mengetahui maklumat keselamatan jalan raya.